Sebagai orang Islam dan adab orang Islam dan antara ciri-ciri orang Islam ialah menghormati sedara seIslam sehinggalah jasadnya terkujur di pembaringan. Mayat orang Islam kita wajib hormati waima masa hidupnya jahat peringkat maksima. Cuma mayat orang yang murtad atau keluar dari Islam yang tidak wajar dikebumikan di tempat perkuburan orang Islam, namun sukar bagi kita melaksanakan.
Dalam kes Allahyarham Ghadafi atau mana-mana pemimpin Islam waima Tun Mahathir sekalipun, kita wajib ambil tahu cerita atau fakta sebenar tentang mereka sebelum menghukum tahap kejahatan atau kezaliman mereka.
Mendapat maklumat tentang kejahatan Allahyarham Ghadafi lewat beberapa bulan kebelakangan ini melalui berita atau akhbar reuter atau ahp atau media Malaysia tidak boleh dijadikan bukti atau sandaran.
Kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari sumber berita sahih agar orang Islam atau pemimpin Islam tidak dimomokkan sebagai jahat kerana kita musykil ramai pemimpin yang menjadi ketakutan pihak Barat berakhir dengan penghinaan dan ada yang hidup dalam buangan contoh Presiden Idi Amin, Sadam Hussien dan ramai lagi.
Yang penting tak kira siapa mayat itu atau orang tangkapan itu samada beliau pemimpin besar atau rakyat biasa maka hargailah dan hormatilah mereka sebagai Orang Islam. Jika orang kena tahan yang beragama Islam dalam jagaan pihak keselamatan harus dijaga jagan mereka mati dalam misteri.
Mayat mereka jangan dihina begitu sekali zalim kerana Allah Maha Besar , DIa(Allah) boleh menurunkan bala dan balasan mengikut kekuasaanNya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
dinegara kita, kita tahu sendiri perilaku pemimpin kita, yg mana zalim dan yg mana menghina islam. jika ada perluang nanti kita akan ajar mereka habis2. Islam adalah agama kita agama suci agama dtgnya dari ALLAH, sesiapa yg menghinanya tunggu akibat nanti.
Setuju ... walau marah macam mana pun, kita as a Moslem, jangan kita berlaku zalim pulak terhadap orang yg selama hari ni buat aniaya kpd kita. Biar dia diadili seadilnya. jangan dibunuh & diperlaku hina seperti binatang pula. Begitu tentu bukan akhlaq Islam & selaras ilmu yg kita pegang sebagai prinsip/teras hidup...Jangan terlalu emosi hingga lupa diri & overboard in doing things. Muammar Gaddafi atau Saddam Hussein mungkin ditakdir mati dihujung senjata rakyatnya sendiri kerana mereka sendiri terbukti rakus/gila kuasa & pernah 'menghalal'kan pembunuhan sebilangan rakyatnya TAPI jasadnya biarlah diadili dgn tertib Islam. Past is past let's forgive & forget!
Post a Comment