Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 21, 2011

10,000 MAHASISWA BANTAH TINDAKAN UIAM !



Dalam tempoh sehari, laman sosial "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" berjaya mencapai sasarannya, sementara satu lagi laman sosial bertemakan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" , mencatat kira-kira 6,000 penyokong, pada jam 2 petang, hari ini.

Kenyataan media dari pertubuhan siswa-siswa, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik masing-masing mengecam keputusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggantung Profesor Abdul Aziz Bari dari tugasnya sebagai seorang pensyarah Undang-Undang. Pencabulan kebebasan akademik menjadi tema utama ketika pihak berkenaan mengulas isu ini. Malah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dilaporkan mendakwa dirinya turut "berasa terganggu dan sedih" terhadap kejadian yang berlaku.

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr.MAZA) yang sepanjang ini menyokong Abdul Aziz Bari, menyifatkan tindakan UIAM sebagai "tindakan mengampu", malah "tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik". Sebelum ini, ketika Abdul Aziz Bari diserang pemimpin dan media kawalan UMNO-BN, selepas kenyataannya dipetik Malaysiakini dalam laporan berjudul "Aziz Bari: Campurtangan perlu selaras ajaran Islam", Dr.MAZA dalam laman sosial rasminya berkata, "antara perkara yang boleh mengancam akidah orang melayu ialah menganggap titah sultan atau raja itu mesti ditaati secara mutlak..tidak boleh derhaka..tidak mungkin salah..raja dan sultan diberikan kemaksuman sehingga titah mereka bagai al-Quran dan as-Sunnah yang tidak boleh dipertikaikan..ini seakan akidah yang menganggap raja adalah dewa..dalam Islam selain Allah dan rasulNya; boleh dikritik dan dipertikaikan.."
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12378


Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebentar tadi.

Menurut beberapa pesanan menerusi Twitter, Shamsul ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis.

Kini Shamsul diiringi keluar oleh pasukan polis keluar dari universiti tersebut tanpa diketahui destinasi yang dituju.

Bagaimanapun, demonstarsi di hadapan masjid UIAM tetap diteruskan dengan lebih kurang 500 orang membanjiri perkarangan masjid dengan dipantau unit keselamatan universiti dan lebih 20 Siput Babi didtangkan khas dari IPD Gombak.
Sementara itu, polis dan unit keselamatan melarang wakil media dan akhbar daripada masuk ke dalam universiti sehingga melarang petugas media yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat di masjid universiti tersebut.

Media tidak dibenarkan masuk mulai jam 1230 tengah hari tadi dipercayai arahan pihak universiti sendiri atas nasihat polis dan Umno-APCO.

TERKINI!! - Rundingan sedang diadakan antara mahasiswa dengan pihak polis bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

JALAN PULANG

3 comments:

Anonymous said...

Astaqfirullah...... sanggup tinggalkan solat jumaat untuk menangkap orang. Tak bagi kebenaran kapada orang diluar untuk turut solat jumaat berjumaah. Islam apakah mereka mereka yang menganggu jumaah nak bersolat. Tanggunglah dosa kamu wahai manusia yang tak mendengar seruan AZAN,...

zul_neem said...

assalamualaikum


Tahniah kepada mereka-mereka yang menyatakan sokongan kepada Abdul Aziz bari keatas tindakan dan luahan rasa beliau berdasar ilmu yang dfahami dari hasil pembelajaran sesuatu ilmu yang berdasarkan undang-undang dan perlembagaan negara yang membolehkan rakyat malaysia keluar dan menyelamatkan diri dari golongan pekak,bisu dan buta.Tiga perkataan ini dapat dihayati didalam ayat-ayat awalan surah albaqarah dan amat mudah difahami sekiranya mendapat tafsiran yang baik lagi berani dari kalangan pencari ilmu diUIAM.Adalah lebih baik pihak yang terasa pedas chilinya membuat tindakan membalas hujah secara berhadapan dengannya untuk menenangkan suasana dan mencari kebenaran.Kerana ilmu itu berkembang bergantung kepada penggalian,pencungkilan,tafsiran disambungkaitkan dan dipecah-pecahkan menjadi bahagian-bahagian yang boleh disebut atau dipanggil Ilmu.Contoh yang baik kembali kepada Firaun yang zalim dan lagi mendapat laknat dari Allah pun bersedia mendengar hujah-hujah dan pesanan dari nabi musa dan harun ketika beliau membenarkan mereka berdua mengadap untuk menyatakan tuhan yang sebenar dan bukannya beliau(Firaun),malah beliau berhujah dibantu oleh ahli-ahli sihir untuk meyatakan kebenaran beliau sebagai tuhan untuk rakyat Mesir.Apakah mereka-mereka atau golongan yang terasa pedas chili tidak mempelajari kisah ini.Atau lebih zalim dari firaun itu sendiri.LU FIKIRLAH SENDIRI....

Anonymous said...

SYABAS ANAK MUDA.....KITA HAPUSKAN PPTN SELEPAS PRU 13