Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 21, 2011

BANTAH PENGGANTUNGAN PROF AZIZ BARI HARI INI

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab mengecam sekeras-kerasnya tindakan UIA menggantung tugas Aziz Bari. Katanya, tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'.

"Oleh yang sedemikian, SMM menyatakan pendirian sekeras-kerasnya mengecam tindakan tersebut. Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UIA seharusnya mempertahankan Prof Dr Abdul Aziz Bari atas dasar kebebasan akademik dan kebebasan berpendapat.

"Justeru, SMM akan melakukan mobilasi mahasiswa secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Universiti Islam Antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, SMM menjangkakan hampir 1,500 orang mahasiswa dan anak muda akan hadir untuk turut serta.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku 'Taman Ilmu dan Budi', apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu.
"AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?," soal beliau dalam satu kenyataan media.
Sementara itu,Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.
"Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau," kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat.
Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
"Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," ujarnya lagi.

Gesa Teman : UIA seharusnya menarik balik surat tunjuk sebab yang mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah untuk menekan pandangan-pandangan yang berbeza.Malunya pada luar negara. Pasni lagi merundum tahap Universiti kita.

Kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap UIAM yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".
"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.
"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri.

Lawyers For Liberty pula menyatakan tindakan UIAM tersebut bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan yang memberi kebebasan untuk bersuara dan menuntut kebebasan akademik dipertahankan.
"Kami menuntut bahawa penggantungan ini wajar ditarik balik serta-merta manakala menyeru SKMM tidak langkau sempadan bidang kuasa. Kami juga menggesa pihak polis menghentikan serta-merta mengganggu Prof Aziz Bari dengan penyiasatan di bawah zalim Akta Hasutan," katanya.
Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus UIA di Gombak selepas solat Jumaat.
Malahan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa laman Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut.
Laman facebook "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" dan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka.

No comments: