Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, October 26, 2011

PELIK ! TAK GUNA NO 1 DAPAT RM7 JUTA !

Komen : Bagus juga Namwee nie macam perli aku jer(Slogan 1Malaysia). Di mana Nasi lemak 1.0 ? Tanpa guna no 1 , filen Nasi Lemak 2.0 boleh mendadak berjaya. Di bandingkan Bersih 2.0 ada juga BERSIH terdahulu, cuma BERSIH pertama pun tak guna no 1 atau BERSIH 1.0
Yang bestnyer ada sahabat teman di Taman Seroja baru beli romah di situ. Kebetulan dapat No 1, tapi dia tak mahu tampal no rumah pasal meluat sangat no 1 yang dan bersepah-sepah ada di baju, di pensel, pada buku ,beg ,payung dan merata-rata cuma kat jamban teman belum nampak orang tampal no 1Malaysia lagi. Nie kalau kuncu UMNO tu tahu kat jamban belum ada no 1 Malaysia ...mesti nak buat tu...sebab apa, sebab masyuuuk!

Ada satu blogger puji Namwee sebab dah jumpa bukti kenapa Namwee menyumpah kerajaan BN terutama TNB dulu. Bukti tu ada dalam laporan audit yang baru ni. Iaitu kes TNB keluar belanja RM700,000 hanya untuk membekalkan letrik untuk sebuah rumah.Bila TNB terbeban atas kebebalannya langsung nak naikkan tarif .

Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, filem Nasi Lemak 2.0 masih berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta mengalahkan saingannya seperti Libas dan Klip 3GP.

Kutipan tersebut adalah berdasarkan tayangan di beberapa pawagam sejak 8 September lalu.

Menurut pengarah dan pelakonnya Namawee, dia tidak menyangka sama sekali filem tersebut berjaya mengutip sebanyak itu.

"Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia.

Klik untuk imej besar...



"Walaupun mendapat pelbagai kritikan negatif daripada pelbagai pihak, namun sokongan dan maklum balas positif daripada penonton cukup baik," ujarnya dipetik sebagai berkata pada majlis meraikan kejayaan filem itu semalam.

"Filem terbitan dengan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media itu telah ditayangkan di 71 buah pawagam di seluruh negara dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut.

"Ia bukan sahaja mendapat kutipan sebanyak RM7 juta malah menduduki tempat kelapan secara keseluruhan sebagai filem dengan kutipan pawagam tempatan tertinggi dalam sejarah.

"Saya berasa gembira kerana ia bukan sahaja ditonton oleh masyarakat Cina, bahkan kaum-kaum lain di negara ini turut keluar memberi sokongan," ujar penerbit filem berkenaan, Fred Chong.

Tambah Fred, mereka gembira apabila Nasi Lemak 2.0 telah dipilih sebagai filem tayangan rasmi untuk pesta filem termashyur, Taipei Golden Horse Film Festival 2011.

"Ia sesuatu jarang berlaku bagi sesebuah filem dari Malaysia. Saya tidak menyangka orang dari luar negara dapat memahami gaya dan jalan ceritanya," tambahnya.

No comments: