Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 27, 2011

TUJUH KEMENTERIAN KSN HUDUH !

Ketua Setiausaha Negara(KSN) mahu pastikan langkah penambahbaikan diperhebat elak berulang

PUTRAJAYA: Kelemahan pengurusan kewangan 7 kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurus tabdir dengan berkesan.
"Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut 7 kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah.

7 kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Terdahulu, Mohd Sidek menyaksikan penyerahan i-Pass kepada 11 tenaga kerja profesional asing yang bekerja di negara ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam.

Pas itu digunakan sebagai bukti pengenalan di Malaysia tanpa perlu membawa pasport.
Pas dikeluarkan Jabatan Imigresen sejak September lalu itu juga, akan dikeluarkan kepada tenaga kerja profesional yang memegang Pas Residen di bawah urus tadbir Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). – BERNAMA

No comments: