Komen : Di Bawah ini adalah tulisan blogger UMNO yang sentiasa sensitif kepada Wardina yang sebelum ini sangat dikontroversi oleh mereka. Pada teman kalau apa yang disentuh Wardina ini ada benarnya dan kita boleh saksikan sebelum buka sekolah nanti.
Pada teman , kalau rakyat UMNO merungut pasal yuran PIBG nanti memang teman tak hairan atau terkejut. Jadi , blogger uMNO atau penyokong UMNO atau BN janganlah sensitif tak tentu pasal. Kita komplen atau komen atas masalah bersama yang harus kita hadapi bersama kecuali yang belum kahwin atau tiada anak.
Wardina dikecam pertikai Yuran PIBG sekolah dan persekolahan anak menteri
Semuanya bermula apabila Wardina telah mengulang kenyataan yang dibuat oleh salah seorang peminatnya di laman Twitter berkenaan isu Yuran PIBG yang dikatakan agak mahal. Namun kenyataan yang di "retweet" oleh Wardina telah mendapat respon negatif dari kebanyakan pelayar Twitter termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Saudara Khairy Jamaluddin.
Artis yang menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 tersebut juga dilihat telah mempersoalkan sama ada anak-anak Menteri didalam negara bersekolah di sekolah kerajaan. Kenyataannya itu segera dibidas oleh anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyidin yang menyatakan beliau serta adik beradiknya semua bersekolah di sekolah kerajaan.
Ini menyebabkan Wardina bertanyakan sokongan peminatnya dan segera menyeru supaya semua anak Menteri wajib masuk ke sekolah kerajaan dan Universiti tempatan.
Kenyataan artis ini juga telah menjadi bahan utama blog-blog penyokong kerajaan untuk mengkritiknya. Blog empayar-pemuda.blogspot.com menyifatkan tindakan Wardina itu adalah signal untuk artis berkenaan bertanding di pilihanraya umum yang akan datang. Beliau turut mempersoalkan tindakan Wardina yang sering mengeluarkan kenyataan yang sering menghentam kerajaan.
Manakala blog yuseriyusoff.blogspot.com pula menyindir Wardina dan menasihatkan personaliti berkenaan supaya cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat kenyataan yang bersifat provokasi terhadap pihak-pihak kerajaan. Penulis tersebut juga mengingatkan Wardina agar berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan.
Cetusan Jiwa Keris Pusaka
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment