Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, October 16, 2011

GOYAH PARLIMEN BN PEKAN !





18 September 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang pada hari ini telah turun ke Kawasan Pekan bagi melancarkan Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS bagi kawasan Pekan dan Rompin yang telah berjaya dilaksanakan di Madrasah Darul Husna, Pekan.

Program ini diadakan di setiap kawasan di negeri Pahang dan ini merupakan kawasan terakhir dan menghimpunkan 2 kawasan berjiran iaitu Pekan dan Rompin. Semua AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang turun ke Pekan dan pada pelancaran Jentera Pemuda tersebut berjaya menghimpunkan hampir 80 orang pemuda dari 2 kawasan berikut.

Program ini diadakan bagi tujuan menggerak tenaga muda sebagai jentera pilihanraya yang bakal tiba tidak berapa lama lagi. Paluan gendang pilihanraya telah mula dipalu oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dan jentera PAS terutama dari kalangan pemuda perlu bersiap awal untuk menghandapi kemungkinan Parlimen dibuarkan pada November atau awal Januari 2012.

Pelancaran Jentera Pemuda PAS Pekan & Rompin ini dilancarkan dengan rasminya oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan At-tantawi.

Program bermula dengan ucapan aluan tuan rumah, Ustaz Mohd Fadhilnoor Abdul Karim selaku ketua pemuda PAS Kawasan Pekan. Diikuti ucapan dari Ketua Pemuda PAS Kawasan Rompin Ustaz Nazri dan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang dan perasmian oleh Ketua Pemuda PAS Pusat.

1 comment:

Anonymous said...

Saya cadangkan agar satu gerakan besar besaran yang melibatkan semua pihak yang berkenaan diadakan bagi mengalahkan Najib dikawasan parlimen nya sendiri. Masaalah kita sekarang adalah kita mempunyai Perdana Menteri yang tidak mampu memimpin negara, punya banyak skandal dan hanya pandai bercakap..