Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, October 16, 2011

PROJEK MYKAD BARU SEPATUTNYA TIDAK PERLU !

Tiba-tiba Menteri Dalam Negeri kata ada Mykad baru yang lebih tahan dan ciri2 keselamatan yang lebih baik?
Dulu masa nak ganti Mykad baru pun kata begitu. Kalau yer pun buktikan MYkad adalah atau tunjukkan ciri-ciri keselamatan yang bagaimana kecanggihannya.Berapa kos jika satu individu kena tukar. Rakyat tahu mesti Menteri BN akan kata ...Mykad adalah percuma


Hishammuddin: MyKad struktur baru mulai Januari
KLUANG, 15 Okt — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualiti.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya di sini hari ini ketika menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

MyKad baru itu diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.

“Dengan pengeluaran MyKad baru ini juga, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai yang menggunakan MyKad,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said.

Hishammuddin berkata pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.

Beliau berkata usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.

Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya dipetik Bernama Online. - TMI

3 comments:

Anonymous said...

apa punya baghal dalam 5 tahun macam mykard tukar macam manapun mykard malaysia tak akan selamat apa punya mentri ayak kurang kot

HHRS 2.0 said...

mengikut teori konspirasi aku la, geng mat indon dan bagla yg diberi dengan taraf warganegara dengan ic sekarang ini, maka pada tahun depan mereka juga perlu tukar ic baru tu. oleh tu, masa tu blh la cantas balik taraf warganegara mereka,masa nak buat ic baru tu, mungkin timbul maslah, hilangkan data ke? setakat data hilang ni perkara biasa berlaku kat negara kita ni. Nak tukar kpd IC baru tu mesti ada tempoh masa tertentukan. mcm dulu tu, tukar ic lama kepada ic ada cip. bila dah smpai tempoh tamat utk tukar ic baru tu, maka habis lah mat bagla, mat indon. mengikut teori konspirasi aku la- hhrs2.0

payed said...

langkah yg bek apa? upgrade mykad.. even laptop kna upgrade all the time.. i know u r the other side of kerajaan but its doesnt mean all the thing kna bangkang.. sometimes xsalah kalu bersatu kalu untuk kebaikkan rakyat