Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 13, 2011

YA ALLAH DASYATNYA BALA HIJAU/KUNING MENIMPA KERAJAAN BN !

Beberapa bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Cyberjaya kini membuka bilik operasi di ibu pejabat JPA Putrajaya berikutan pejabat-pejabat bahagian berkenaan diserang kulat yang dikhuatiri
boleh menjejas kesihatan manusia.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, pejabat JPA di Blok A, Bangunan MKN-Embassy TechZone di Cyberjaya, Selangor, diserang kulat yang mengeluarkan spora hijau kekuningan.

Kulat tersebut dikesan di lantai dan dinding beberapa tingkat blok berkenaan selepas kakitangan kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Antara bahagian yang ditempatkan di blok itu ialah Unit Audit Dalaman, Bahagian Saraan, Bahagian Pengurusan Psikologi, dan Bahagian Pengurusan Maklumat.

JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata warga JPA kini diarah bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa, dan tidak 'diarah bercuti' seperti dilaporkan.

Warga JPA juga dikehendaki meningkatkan komunikasi berterusan menerusi penggunaan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), e-mel, sistem maklum balas di JPA dan laman sosial Facebook bagi semua urusan pelanggan JPA.

Pejabat JPA di Putrajaya menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi bermula hari ini hingga 26 Sept. depan dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Berikut adalah nombor-nombor telefon talian khas:

1) Bahagian Saraan: 0388853194/3201/3227/3232/3283/3072

2) Bahagian Pengurusan Maklumat: 0388853786/3807/3887/3896/3898/3899

3) Bahagian Pengurusan Psikologi: 0388853824

4) bahagian Audit Dalam: 0388853902/3903

Respon baikpunya dari Diplomatik Bebas · Top Commenter
Nie lah akibatnya bila PEMERINTAH sibuk MEMPERTAHANKAN KUASA dari TANGGUNGJAWAB.

1. PARLIMEN banyak kali BOCOR.

2. STADIUM NEGERI TERENGGANU - tak sampai SETAHUN, runtuh.

3. Jalan2 sekitar KL. Rosak & berlubang. Padahal KL nie Ibunegara Malaysia. Kalau KL pun tak boleh nak MAINTAIN, apatah lagi jalan2 negeri.

4. Setakat BERKULAT nie.. lagi la... banyak dah BERLAKU.. tambah2 kat Putrajaya.

5. Masjid & Surau - Tak payah cakap la. Kena buat TABUNG KHAS untuk buat penyelangaraan. Nak harapkan BANTUAN. Emmm... TAK DER KEPENTINGAN... TAK DAPAT LA PERUNTUKKAN...

Contoh: Nie aku tujukan KHAS kepada Penyokong2 BN. Korang pergi TENGOK Masjid Al-Bukhary sebelah IPK KL. Habis ayat2 Al-Quran terkopak kat Kubah. Tak sedih ker? Bangunan PWTC tu boleh pulak korang PAPARKAN 1 Bangunan LED pasal BN, Masjid? Surau? Borak boleh la, pungpangpunpang dalam FB nie. Hakikatnya apa yg korang SOKONG pun aku tak tahu.

Komen Teman : Sempatkah JPA nak bayar balu pejuang bkt kepong dalam seminggu?
http://cuepacs.blogspot.com/2011/09/jpa-turun-padang-siasat-kes-balu-tidak.html

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan turun padang bagi menyiasat dakwaan seorang balu anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong bahawa beliau tidak pernah menerima pencen semenjak kematian suaminya pada tahun 1962.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA Datuk Yeow Chin Keong berkata beliau sendiri akan menemui balu tersebut, Sharifah Aminah Syed Ali, 83, di kediamannya di Alor Setar bagi mendapatkan lebih lanjut tentang perkara berkenaan.

4 comments:

Anonymous said...

Ni Blog Ulamak Pewaris Nabi ?
siapa yg bagi tauliah? Harakah & Warta Keadilan penuh dgn fitnah kau tak pernah sentuh. Apa cerita PAS sokong gerja murtadkan orang Islam? buat malu la, cermin muka tu la.Aku masih ingat berkobar-kobar Khalid Gereja cakap dlm ceramah dia "kalau kita perintah selangor besok juga kita tutup semua kilang arak". Sekrang dia/PAS bagi byk alasan pula, malah marah kat Hassan Ali serbu gereja dan halang jual arak di kawasan Islam ramai. Apa punya munafik. Lain kali nak cakap fikir dulu apa kemampuan kita. Ni belum ungkit pasal sembahyang 2 imam, tak boleh makan sembelihan orang UMNO, tak sah nikah kalau kadhi bukan dari PAS (ini maknanya PAS jatuhkan hukum pasangan suami isteri tu berzina hingga mati dan anak yg lahir anak haram), banyak lagi la kalau nak ungkit apa yg PAS dah buat kepada pengikut dan orang yg percaya kepada PAS dari dulu hingga kini.

Anonymous said...

Ni Blog Ulamak Pewaris Nabi ?
siapa yg bagi tauliah? Harakah & Warta Keadilan penuh dgn fitnah kau tak pernah sentuh. Apa cerita PAS sokong gerja murtadkan orang Islam? buat malu la, cermin muka tu la.Aku masih ingat berkobar-kobar Khalid Gereja cakap dlm ceramah dia "kalau kita perintah selangor besok juga kita tutup semua kilang arak". Sekrang dia/PAS bagi byk alasan pula, malah marah kat Hassan Ali serbu gereja dan halang jual arak di kawasan Islam ramai. Apa punya munafik. Lain kali nak cakap fikir dulu apa kemampuan kita. Ni belum ungkit pasal sembahyang 2 imam, tak boleh makan sembelihan orang UMNO, tak sah nikah kalau kadhi bukan dari PAS (ini maknanya PAS jatuhkan hukum pasangan suami isteri tu berzina hingga mati dan anak yg lahir anak haram), banyak lagi la kalau nak ungkit apa yg PAS dah buat kepada pengikut dan orang yg percaya kepada PAS dari dulu hingga kini.

Kalu hampa tak siar hampa bacul dan dayus

Anonymous said...

UMNO 54thn memerintah buat apa?.. ada harapan nak tutup kilang arak dan pusat perjudian... haram pun tak ada... cuba bagi PAS berkuasa di penuh Mesia.. kita tengok camner... tul tak Anonymous! tak usah menyalak bukit dlm blog org....

Anonymous said...

kebanyakan blog dari blogger UMNO banyak terpapar video lucah, elok ke tu. pas tu ubah suai gambar ulama dan pemimpin bukan BN dengan gaya yang kurang manis. Kalau Pakatan Rakyat memerintah tak perlu blogger PR buat lagu tu. Pasal kita yang perintah , kenapa tkut ? Dgn Anwar pun takut kenapa hentam beliau begitu sekali?