Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 30, 2011

SUBHANALLAH KAT KUWAIT, KALAU KAT M'SIA BUKAN ISLAM NAK MASUK MASJID DAN BACA AYAT QURAN PUN DILARANG

1,000 Peluk Islam Sepanjang Ramadan Di Kuwait, Malaysia Berapa Orang?
Labels: Agama, Islam, Masyarakat

Seramai seribu orang yang terdiri daripada expatriates yang bekerja di negara Kuwait telah memeluk Islam sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Ia adalah hasil usaha keras kerajaan Kuwait berserta kerjasama daripada penduduk negara tersebut.

Ia adalah hasil daripada usaha menyebarkan pengetahuan tentang Islam, dialog, dan juga logik yang meyakinkan orang bukan Islam. Usaha dakwah di Kuwait untuk menyebarkan Islam dalam program yang sama bermula sejak tahun 1978 dan sejak itu sudah seramai 53,000 orang bukan Islam telah berjaya didakwah untuk memeluk Islam.


Laporan berkenaan jumlah orang bukan Islam yang telah memeluk Islam di negara kita seolah-olah menjadi satu maklumat rahsia yang tidak dibentangkan seperti mana di negara Kuwait. Mungkin ia adalah sesuatu yang sensitif di negara kita memandangkan suasana berbagai bangsa dan agama yang ada di sini.

Walaupun ia sensitif, namun tidak ada lansung halangan untuk pihak berwajib yang mengendalikan hal ehwal agama Islam di negara kita untuk menjadikan ianya satu agenda penting negara dengan sentiasa membentangkan hasil dari usaha dakwah mereka. Perlembagaan membenarkan aktiviti dakwah Islam kepada non-muslim di Malaysia, jadi kenapa nak takut dan segan.

Badan-badan NGO Islam perlu mendesak agar jumlah bukan Islam memeluk Islam di negara kita hasil daripada dakwah jabatan agama menjadi KPI bagi jabatan tersebut dan Menterinya Khir Baharom perlu bertanggung jawab merealisasikan KPI tersebut.

Lebih elok agar badan-badan NGO dan juga orang seperti YB Zul Kulim menumpukan usaha menekan kerajaan menjadikan usaha dakwah Islam melalui penerangan, perbincangan dan meyakin oran bukan Islam kepada Islam sebagai satu agenda negara daripada menjadi hero ajak orang berjihad menghapuskan musuh setiap kali isu agama di sensasikan

No comments: