Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 29, 2011

ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR WALILLAHILHAMD

Kepada semua Sahabat, Pejuang PAS dan PR (Khusus Beragama Islam) dan penyokong serta pembaca blog PASBS2, walaupun sedih dan pilu meninggalkan Ramadhan namun ketentuan Allah perlu kita terima dan patuhi serta redha sebagai contoh bila Pakatan Rakyat dapat mengambilalih pemerintahan Malaysia secara PRU13 nanti penyokong UMNO dan BN wajar terima dan redha dengan ketentuan itu.
Dalam kesempatan yang terhad ini, teman Pentadbir blog PASBS2/Ulama Pewaris Nabi ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas dosa yang mungkin berlaku dalam maya dan luar maya sedar dan tidak sedar serta teman juga ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri , semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa kita yang telah lalu dan kita dibebaskan dari azab Api Neraka Jahanam. Taqabalallahu minni waminkum waastaghfirullah .

Bertakbirlah kita memuji Allah dan bergembiralah meraikan Hari Raya tetapi janganlah sampai melampaui batas yang ditetapkan Islam. Dikhuatiri jika kita melampaui batas dan melanggar segala larangan, kita khuatir yang kita meraikan hari pembebasan Iblis dan juga Syaitan yang juga gembira dibebaskan.

Marilah bertakbir
Aie
Pentadbir Blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2
Serta mewakili Ketua Caw, ajk caw dan ahli serta penyokong PAS dan PR sekitar Bukit Sentosa 2 dan berdekatan.

No comments: