Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 29, 2011

KOMPLEN SALAH TAK KOMEN TERUS MENTAKADARAH TANPA ARAH!

Harian Metro yang melakukan tinjauan selama 2 hari di kaunter bantuan dan kecemasan MAIWP pada minggu terakhir Ramadan mendapati orang ramai khususnya gelandangan memenuhi kaunter yang terletak di tingkat bawah kompleks itu untuk mendapatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan.
Pelbagai ragam orang ramai untuk mendapatkan bantuan makanan, kecemasan dan waran tiket dapat dilihat dengan sesekali berlaku pertikaman lidah dengan petugas di kaunter terutama yang gagal mendapatkan bantuan disebabkan pelbagai alasan.

“Saya bergegas ke sini sebaik dimaklumkan ada sumbangan beras untuk golongan miskin tapi hampa dimaklumkan bantuan itu sudah habis dan hanya diagihkan semula bulan depan,” rintih seorang wanita dikenali sebagai Ramlah, 52, yang kecewa selepas bantuan makanan yang diagihkan di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) habis.

Menurutnya, bukan dia seorang, malah ramai lagi yang senasib dengannya yang terpaksa pulang tangan kosong. “Tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan menjelang hari raya ini,” katanya.

Dia berkata, dia menunggu di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak 10 pagi untuk mendapatkan makanan dan beras yang diagihkan percuma kepada kepada golongan miskin.

Sebaik gilirannya tiba, katanya, petugas di kaunter itu memberitahunya bahawa makanan dan beras yang diagihkan sudah habis dan perlu datang semula September untuk mendapatkannya.

“Rasa sedih juga kerana tidak dapat makanan itu. Saya tinggal sendirian di Cheras dan apabila jiran memberitahu MAIWP memberikan beras percuma, saya terus datang, malangnya, ia sudah habis sejak beberapa hari lalu,” katanya.


No comments: