Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, July 30, 2011

SPESIS PENCEN BARU SEDAR, SEBAIKNYA TINGGALKAN UMNO !

Sebaiknya jangan mengomel, spesis ini terus join Pakatan Rakyat bukan tubuh NGO. Jangan terlibat dengan NGOK atau UMNONGOK !


“Dulu projek milion, kini bilion”
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyelar sikap boros kerajaan yang kini membina projekprojek tertentu dengan kaedah runding terus walaupun projek berkenaan menelan belanja bilion ringgit.

Secara sinis beliau menyebut “dahulu sebut milion (juta) kini bilion-bilion (ratusan juta),” katanya semasa berucap di majlis penubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH).

AMANAH ialah sebuah NGO yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah serta dianggotai oleh bekasbekas menteri kanan kerajaan BN.


Beliau juga menyebut beberapa projek pembangunan sekitar Lembang Kelang terutama di Sungai Buloh yang melibatkan pemberian tender secara rundingan terus bernilai RM37 bilion pada asalnya.

Namun, kemudiannya boleh menjadi sehingga RM50 bilion ataupun RM70 bilion suatu hari nanti apabila projek ini mahu dimulakan, katanya.

Isu ini sengaja diutarakan Kadir dalam menggambarkan kerajaan yang menerajui negara hari ini semakin tidak mementingkan kebajikan rakyat.

“Jika kita boleh jimatkan RM20 bilion, RM10 bilion secara buat tender terbuka, ini boleh menjimatkan dan boleh kita buat rumah percuma untuk rakyat yang susah,” katanya lagi.

Beliau kesal, mutakhir ini rasuah semakin membarah dalam negara, malah kerajaan yang memimpin gagal mengatasinya.

Meneruskan ucapannya, Kadir yang pernah berkhidmat dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa bimbangnya dengan kemerosotan ekonomi, sosial dan perpaduan yang berlaku di negara ini.

Beliau kesal, kerajaan yang menerajui negara hari ini gagal memikul amanah kemerdekaan yang dicetuskan Tunku Abdul Rahman Putra bagi memastikan negara terus berdaya saing.

Beliau juga bimbang, jika keadaan ini berterusan, negara semakin diambang kehancuran.

Kadir mahu rakyat melakukan perubahan segera bagi menyelamatkan negara daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan diri yang kini tidak lagi menghayati amanah kemerdekaan.

“Kadang-kadang kita begitu yakin, sombong, kita boleh buat salah di tengah terang,” katanya lagi. “Jadi kami disini kjami rasa ini kena berubah dan bawa balik ke pangkal jalan,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Kadir ada menyentuh isu perjalanan pilihan raya di negara ini yang tidak lagi dijalankan dengan aspirasi yang diterapkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Ujar beliau, ada pandangan menyatakan Berish 2.0 dan disokong oleh parti-parti politik yang mendapat sokongan 48 peratus menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak bersih.

Malah Kadir melihat, adanya cadangan agara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai wakil parti pembangkang dan pilih sistem pilihan raya yang bersih dan telus, ini satu idea yang bagus.

“Kalau benar bersih dan telus (pilihan raya di Malaysia) jangan takut jika wakil pembangkang menyertai SPR.

SPR kena terima cabaran ini dan pinda perlembagaan, biarkan pilihan raya bersih.
-detikdaily-

1 comment:

Anonymous said...

usah story2lah, masa awak dulu pun apa kurangnya, tak berani bersuara untuk menegakkan kebenaran, untuk mencari keredhaan Allah. depa ni ingat rezeki dtgnya dari umno bknnya dari Allah, itulah kurafatnya org umno.