Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, July 23, 2011

AWAS 2 PENYAKIT BERJANGKIT YANG SANGAT BAHAYA DAH MENULAR DAN MENGULAR DI MAHKAMAH ?


Dua(2) Penyakit yang MARBAHAYA(Tiru stail dialog dalam citer P Ramlee).
PERTAMA - Penyakit bukti bidan terjun ..contoh surat tulisan Cina dalam kes Teoh dan saksi lewat terkejut dalam kes liwat Saiful dan banyak lagi.
KEDUA - Penyakit SENANG BANYAK (biasa dalam kes individu mati) .. tuduh simati bunuh diri atau mati terkejut oooppss sorri Mati Mengejut. Contoh dalam kes TBH akhirnya dituduh bunuh diri, seperti kes-kes mati dalam lokap dan kes lemas selepas dikejar polis dan terkini kes Sarbani dan lagi terkini yang dikhuatiri menjangkit dalam kes Aminurshid pula.

Kita berdoa agar keadilan dalam sistem kehakiman akan adil dan bersih waima diperintah oleh BN atau PR.Aminnn.

PENEMBAK SEBENAR AMINURASHID TAK DAPAT DIKENAL PASTI – meloya

Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa individu yang menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lepas, gagal dikenal pasti kerana terdapat dua anggota polis yang melepaskan tembakan pada hari kejadian.

Pakar forensik, Amidon Anan yang merupakan bekas Ketua Unit Siasatan Forensik (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, Jabatan Kimia juga gagal mengenal pasti senjata yang digunakan untuk menembak mangsa.

“Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Kimia yang membuat analisis ke atas dua senjata api yang menyatakan anak peluru itu tidak dapat digandingkan dari mana-mana senjata tersebut.

"Saya berpendapat apabila pemprosesan GSR (sisa tembakan) tidak dilakukan semasa di tempat kejadian, ia merupakan salah satu aspek yang telah menggagalkan siasatan CSI.

“Dalam kes ini, Mazli (Cif Ins Mazli Jusoh @ Che Kob yang mengetuai pasukan forensik) juga jelas tidak ikut SOP (prosedur operasi standard) kerana jika ikut SOP, saya percaya anak peluru dalam kepala (mangsa) dapat diganding dengan mana-mana senjata yang telah dikemuka pada pihak Jabatan Kimia dan akan menghasilkan keputusan yang sempurna,” katanya pada perbicaraan Koperal Jenain Subi hari ini.

Jenain, 48, diperintah membela diri atas pertuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010.

1 comment:

dankuala.com said...

Kalau begitu mintak Mat Sabu batalkan niatnya saman PDRM. Nanti kena pulak penyakit berjangkit. Buasir dulupun belum sembuh lagi.