Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, July 23, 2011

MANA NAK LETAK MUKA OIII!

DS NAJIB Sebagai PM Malaysia yang kununnya mendokong demokrasi berparlimen sanggup memalukan negara sendiri bila membiarkan Peguam Hak Asasi Manusia Perancis ditangkap dan diusir tanpa alasan. Kalau benar beliau (DS Najib) sudah bersumpah tak kenal Attantuya apa nak kisah. DS Najib kena tegas dan serius dalam menangani hubungan antarabangsa, bukan melayan mereka (rakyat luar) seperti melayan orang FELDA atau rakyat Marhein Malaysia. Mudah-mudahan blogger UMNO/BN akan memberi sokongan pada langkah terdesak beliau.Padahal DS Najib baru melawat US dan Eropah serta melawat Pope lagi. Kita tak kisah beliau merasa bangga melawat Pope tapi apa penting mengadap Pope kalau kita akui Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi darinya? Bila nak tayang video fitnah Datuk T pun tak jumpa Mufti minta nasihat.

Negara Malaysia dimalukan selepas Bersih 2.0

TASEK GELUGOR, 22 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia Perancis, William Bourdon pasti akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat selepas negara melakukan kezaliman terhadap perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 baru-baru ini.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat ingin tahu perkara sebenar hasil pendedahannya di Malaysia, tiba-tiba sekumpulan pegawai Imigresen menangkapnya setelah pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tangkapan itu amat memalukan negara sekali lagi setelah dimalukan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Tambahnya, tindakan tersebut sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene.

“Jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) berani kerana benar kenapa mereka tidak biarkan sahaja William Bourdon menjalankan tugasnya mendedahkan siapa di sebalik pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam sekembali ke Malaysia,” katanya.

Baginya, isu penangkapan Willian Bourdon di Malaysia pastinya mendapat kritikan berbagai pihak sama ada secara terus atau di alam maya kerana beliau bukan calang-calang peguam. -HD

No comments: