Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 16, 2011

PM NOMBOR WAHID SUDAH KEMBALI



Meminjam kata-kata KM Pulau Pinang yang memberi kenyataan bahawa DS Anwar adalah pilihan no 1 untuk jadi PM sekiranya kemenangan Putrajaya pada PRU13 nanti.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat kembali semula ke Dewan Rakyat selepas digantung selama enam bulan kerana mendedahkan khidmat firma perunding antarabangsa, APCO Worldwide dalam kerajaan. Anwar bersama Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Karpal Singh (Bukit Gelugor) disambut dengan meriah ketika tiba di parlimen. Kehadiran Anwar dan tiga lagi ahli parlimen berkenaan turut mencuri tumpuan media. Mereka dilihat turut dihadiahkan jambangan bunga oleh penyokong Pakatan di lobi parlimen. Anwar yang diiringi pegawai peribadinya, kelihatan bersemangat dan dilihat berbual mesra sambil bertanya khabar dengan ahli-ahli parlimen yang menunggu ketibaan beliau. Dalam masa yang sama, beliau sempat bertemu dan dilihat berbual dengan Azmin Ali, Sivarasa Rasiah dan Karpal Singh yang sebelum ini menerima nasib yang sama. Ketika media cuba mengajukan beberapa soalan, Anwar dengan nada bergurau menyatakan tiada apa yang perlu diulas.
Pada 16 Disember tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan. Ia berhubung pendedahan Anwar mengenai konsep 1Malaysia, yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meniru konsep One Israel yang diilhamkan oleh APCO Worldwide, sebuah syarikat pro Israel. Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana menghina dewan apabila menyokong Anwar dan menuntut speaker membenarkan Ketua Umum KEADILAN itu mempertahan diri.

1 comment:

abuanas said...

Selamat bertugas kembali Dato Sri..! Teruskan perjuangan.