Kan elok Kerajaan BN buat begini saja - Siapa yang teringin sangat nak berdemo, biarkan lah. Mesti ada sebab mereka berdemo. Ingat saja-saja ke rakyat nak datang dengan tambang sendiri jauh-jauh dari semua pelusuk Malaysia. Sebagai rakyat mereka ada hak nak ke Kuala Lumpur kenapa pihak Polis yang dikatakan menjaga keamanan suka buat 'roadblock'? Kan tindakan itu yang menyusahkan rakyat? Perhimpunan yang mencetuskan perarakan kalau dilihat dan dipantau pihak polis tanpa ujud provokasi tidak akan menyusahkan rakyat yang berniaga dan pelancung yang datang.
Malah pelancung akan teruja dengan sikap kerajaan Malaysia yang boleh menjunjung demokrasi dengan memberi kelonggaran rakyat berdemo untuk melahirkan ketidapushati dengan beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya 7 perkara tersebut.

Teman rasa kemungkinan ada 4 puak yang akan akan keluar berhimpun di jalanraya. Kumpulan pertama ialah kumpulan yang menyokong kempen BERSIH.
Manakala kumpulan kedua ialah kumpulan yang menentang dan menjadi pengacau kumpulan BERSIH itu.
Manakala kumpulan ketiga adalah kumpulan pemerhati dan keempat kumpulan menjaga dan memantau tugas demokrasi
No comments:
Post a Comment