Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 12, 2011

MASYALLAH ! MACAM TAKDER KEJER PM KITER NIE !

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pertubuhan Kristian hari ini berhubung dakwaan 'konspirasi Kristian' seperti yang dipaparkan pada tajuk utama Utusan Malaysia Sabtu lalu.

Komen : Kalau teman jadi Piem tak payah nak turun padang nak jumpa pertubuhan Kristian. Bukan tak boleh , lihat kes dulu.
Kesnya Utusam Malaysia laporkan di mukadepan berita yang hanya diciluk dari blogger pencacai UMNO atau lebih manis dipanggil Pencacai PEKEMBAR (Untuk pengetahuan anda yang tak tahu apa itu PEKEMBAR , ini teman nak jelaskan : PEKEMBAR adalah singkatan nama melayu bagi UMNO .Maksud PEKEMBAR carilah sendiri. perkataan PEKEMBAR tiada nilai dan glamour dan susah orang kenal. Itu sebab UMNO tak nak guna perkataan PEKEMBAR .Malu benor mereka nak guna perkataan PEKEMBAR . ehh PEKEMBAR atau PERKEMBAR ... Hah kang dah konfius!) tentang ada kununya DAP nak berangan nak jadikan Kristian agama rasmi di negara kita ini.
Sedemikian sepatutnya kalau PM yang bijak , beliau cuma arahan akhbar Utusan Malaysia minta maaf terbuka dan juga blog pencacai yang menulis benda itu ditangkap dan disiasat. Itu jer yang perlu dibuat oleh seorang Perdana Menteri yang mempunyai ramai menteri dan balaci dibawahnya. Macamlah diorang tak boleh buat kerja , semua kena PM yang buat!


Setiausaha Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) Rev Hermen Shastri memberitahu akhbar berbahasa Cina,mesyuarat itu adalah usaha Pejabat Perdana Menteri yang mahu mencari penyelesaian berhubung kekalutan isu berkenaan.Sambil berkata,mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup Hermen enggan mendedahkan tempat dan masa ia akan diadakan.

Namun menurut Hermen,Pejabat Perdana Menteri sepatutnya juga berjumpa dengan editor Utusan untuk mengetahui mengapa mereka menimbulkan isu berkenaan terlebih dahulu.

Komen : Hah ! kang dah kata , S/U Majlis Gereja pun bukan kemaruk nak jumpa PM pun, cuma dia suruh siasat dan ambil tindakan pada akhbar Utusan dan blog pencacai itu.

Beliau juga membidas akhbar utusan kerana membuat laporan 'palsu' itu dan bermain dengan 'api'.Utusan Malaysia pada Sabtu lalu, berdasarkan dakwaan oleh dua blogger menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri dan menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?”

Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, minggu lalu.

2 comments:

otaistillkick said...

oooooo OM nak minta maaf tu....

mesraislam said...

kan,utusan meloya diapunya,nagara promo , otak ,peromo dari penyokong2 tudung sexsy songkok tinggi, polis,pguam negara, pemimpin amnosex, sampailer ke perdana menteri dah jadikan MALAYSIA ni negara PEROMO. tak bentras ker, asik2 ,yang kau hentam DSAI, DSAI to bila menjadi pemerintah nanti sebab sokongan rakyat . kau orang amnosex semua duduk kat hutan pekan pakat tengok ,DSAI mentabir negara, jangan jelus ,eknomi mantap, rayat ader fikrahnya, nagara terkenal.pasal DSAI memang terkenal dan dihormati. ini amnosex yang tak bertamadun asik dengan hirihati,fitnah,laga2 bangsa yang tidak memahek . DSAI lah rakyat akan aman untuk untuk semua bangsa.