Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 12, 2011

BILA DAH KANTOI MEMFITNAH, AKHIRNYA BUAT PENGAKUAN ! kira dah KO UMNO nie


Nauzubillah ! JANGAN MEMFITNAH ! JANGAN MENGAIBKAN SESAMA ISLAM SAMPAI GAMBAR BOGEL ORANG ISLAM (GAMBAR ORANG BUKAN ISLAM PUN TAK BOLEH) DITAYANG DALAM BLOG, AKHBAR DAN VIDEO , INGAT TAK SEJARAH MELAYU TENTANG SUMPAH DI BUKIT SEGUNTANG (KHAS UNTUK PERKASA)...JANGAN MALUKAN ???? CARI SENDIRI DAN BACA SENDIRI sebab teman bukan suka nak angkat sangat pasal Melayu .Melayu telah dirosakkan UMNO.


Ulama Umno (gambar kanan) KATA Tak patut aibkan Anwar Ibrahim
Umno dua kali bodoh kata Ahmad Maslan


Datuk Ahmad Maslan yang berkata Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.
Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.
Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.
Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.
Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.
NONEFathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.
"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.
Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.
Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.
"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

1 comment:

Anonymous said...

berbeza antara bn/umno dengan pr untok mengaibkan cerita seseorang sedang kan pemimpin bn/umno memang terok peribadi dia orang macam-macam kesalahan mereka tapi mereka tak sedar-sedar juga termasok lah bloger-bloger umno tapi tak lah semuanya kalau pemimpin terok macamana rakyat nak percaya dah