Kadir Hashim bekas tahanan ISA yang zalim tidak lemah semangat dalam meneruskan perjuangan menegak keadilan walaupun berhadapan halangan dan ujian getir berisiko selepas ini dengan apa yang telah dilalui.
Kadir yang KUDUNG PERGELANGAN TANGAN KIRI didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif, iaitu untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit di bawah seksyen 73(1) ISA 1 April 2011 lalu.
Beliau dikatakan merancang menggunakan senjata api dan bahan letupan untuk menentang kerajaan kerana komennya dalam laman Facebook beliau.
Beliau semasa dalam tahanan telah disoal siasat beberapa sessi setiap hari dan dibawa ke empat lokasoi berlainan untuk disoal siasat selama 20 hari.
Memang tidak logik beliau yang seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) dituduh begitu rupa manakala blogger BN seperti papagomo , parpukari, gerakan anti pkr, pisau.net dan lain-lain yang sekapal dengan UMNO dalam kes 'Kristian jadi agama rasmi Malaysia' dan kes 'menayang gambar dan video lucah' haram didakwa malah tidak ditangkap.
Alhamdulillah berkat doa rakyat prihatin dan yang sedar terutama penyokong Pakatan Rakyat maka pihak polis akhirnya ponggong panas dan gentar bila kes tangkap seorang OKU ini mendapat liputan luas media selain kesungguhan Badan Bukan Kerajaan(NGO) Badan Hak Asasi Manusia seperti SUARAM yang sentiasa memberi sokongan dan mendesak agar beliau dibebaskan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment