Rentetan PEKEMBAR a.k.a UMNO menggunakan semua cara, harta dan jentera samada parti dan kerajaan untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang dikepalai pejuang Pakatan Rakyat.Antara yang berlaku :-
1. Kita dah lihat fakta Datuk Abdul Rahman SAC 1 berkempen DSAi dalam video kepada 2,000 guru di Pantai Timur.
2. Polis lagi berceramah di Sabak Bernam.
3. Menghalalkan tulisan blogger BN yang lucah, rasis serta seolah tidak jadi kesalahan menayangkan gambar bogel dan perlakuan seks dalam blog dan media internet.
4. Kerajaan BN menghalalkan penayangan video lucah di hotel lebih 4 bintang dan tiada tangkapan pada yang pengakunya malah beri khidmat kawalan dan baju kalis peluru untuk mereka ( macam pada 3 datuk T perut boroi).
5. Ada tuduhan dan bukti oleh PKR bahwa BN cuba memberi Kad Pengenalan untuk bukan rakyat Malaysia semata-mata untuk merampas memastikan perampasan Selangor berlaku.
6. Selepas DSAI vcuba dimalukan dgn pelbagai tuduhan tapi syukur alhamdulillah mereka kantoi tapi kini 'mereka' cuba menggugut keluarga dan kerabar DSAI pula.
7. Mereka kata DSAI dah tak relevan tapi cenderamata Ulang Tahun ke 65 UMNO ialah buku tentang DSAI a.k.a Anwar Ibrahim.
8. Mereka (BN/UMNO) kata DSAi a.k.a Anwar petualang Negara, Musuh Negara, Musuh Islam, Peliwat, Penzina, talibarut Amerika, rapat dengan orang china serta penderhaka NAMUN GAMBAR ANWAR SENTIASA MENGHIASI BLOG BN dan BLOG UMNO? Benci tapi rindu ke?
9. Dan banyak lagi .....
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali bimbang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan menjadi yang paling kotor di seluruh negara khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, gambaran pilihan raya paling kotor itu merujuk peringatan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak supaya warga Selangor menggunakan apa sahaja `senjata' untuk merampas Selangor.
Katanya, Umno akan menggunakan tindakan ganas untuk berdepan dengan parti-parti yang berlawan dengannya di mana-mana Dun dan Parlimen di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Kenyataan Najib itu amat bahaya dan peringatan provokasi kepada warga Selangor, ayat itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang perdana menteri," tegasnya.
Hasan yang juga Exco Kanan Kerajaan Selangor menegaskan, Umno merupakan parti yang tidak menghormati hak dan kehendak rakyat serta tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik terhadap rakyat.
Sehubungan itu tegas beliau, Pakatan Rakyat khususnya PAS Selangor akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadap segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Umno terhadap Selangor.
"Kita akan menggunakan saluran yang betul dan sah jika berhadapan dengan keganasan yang dicetuskan Umno," katanya.
Sudah pasti saluran itu melalui kaedah yang tidak melanggar undang-undang, kata beliau.
"Saya minta semua ahli PAS dan rakyat Selangor bersama-sama mempertahankan negeri ini dengan cara demokrasi sedia ada," tegasnya.
Merujuk kenyataan Najib, beliau bimbang Umno akan melakukan rampasan kuasa atau tindakan ganas sebagaimana yang dilakukan di Perak ketika ditadbir di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Kata beliau, Najib dan pimpinan Umno lain mesti ingat sejarah membuktikan bahawa negara di seluruh dunia tidak akan bertahan lama dengan satu pimpinan atau parti.
Hasan turut mengingatkan Najib supaya jangan bercakap seolah-olah tidak percaya dengan ketentuan Allah kerana Allah saja yang Maha Mengetahui dan Berkuasa untuk mengekalkan kemenangan atau sebaliknya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment