Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, May 9, 2011
MANA ADUN PBB, AMOKAN KEDUA AMAT DASYAT !
TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.
Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut.
Malah, demonstrasi yang disertai lebih 500 orang itu bermula sekitar jam 10 pagi nyata tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak, termasuk anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang hadir dengan jumlah anggota mencecah 20 orang daripada Unit Antirusuhan.
Dengan tempoh perjalanan satu jam menaiki gunung untuk ke kem pembalakan, kehadiran para penduduk bagaimanapun disedari awal oleh pekerja-pekerja balak yang terdiri daripada warga asing yang kemudiannya melarikan diri menyebabkan usaha penduduk untuk menahan mereka gagal.
Gunjar Jambu, 47, selaku jurucakap yang mewakili para penduduk terlibat berkata tindakan sedemikian dilakukan setelah mendapati tiada sebarang usaha dilakukan pihak berkuasa berkaitan untuk menghentikan segera aktiviti pembalakan tersebut.
“Tahap kesabaran orang kampung sudah mencapai kemuncak, sudah berapa kali aduan dan laporan dibuat namun ia (pembalakan) masih berterusan.
“Hak kami telah diceroboh, malah tanah dan tanaman kami musnah… kami 100 peratus tidak menyokong aktiviti pembalakan ini,” katanya yang ditemui ketika demonstrasi bantahan tersebut.
Selain itu, Gunjar berkata amaran juga sering diajukan kepada pekerja-pekerja balak supaya menghentikan aktiviti mereka itu namun tidak diendahkan.
“Sebab itu, kami hari ini (semalam) bertindak membakar jentera dan khemah mereka.
“Namun, usaha untuk menahan mereka yang dipercayai warga asing dari Indonesia dan Filipina gagal setelah kesemuanya berjaya melarikan diri,” katanya.
Gunjar juga sempat menceritakan di mana seorang wanita warga Indonesia, yang dipercayai isteri salah seorang pekerja balak di situ sempat melarikan diri pada malam sebelumnya bersama anak yang baru lahir beberapa hari lepas.
Sementara, Ketua Cawangan Khas IPD Serian ASP Awangku Ahmaddin Awang Wang yang turut ditemui di lokasi demonstrasi tersebut, berkata pihaknya tidak dapat menghalang tindakan penduduk terbabit ekoran situasi tegang dan beremosi ketika itu.
“Sebaik kami tiba, semua jentera dan khemah telah terbakar… keadaan ketika itu amat tegang dan kami hanya bertindak memantau sahaja,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk agar menyelesaikan perkara itu menerusi saluran yang betul tanpa bertindak terburu-buru.
“Mereka yang terbabit dalam pertikaian ini, kalau tidak berpuas hati selesaikan di mahkamah,” katanya
- Borneo Post
Sebelum ini sudah dilaporkanm kemarahan penduduk 10 buah kampung ini di mana mereka telah membuat laporan polis dan SPRM namun proses siasatan mengambil masa terlalu lama menyebabkan penduduk di 10 kampung di Tebedu, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, mengambil tindakan sendiri memusnahkan peralatan dan harta milik syarikat itu.
Antara yang musnah ialah jambatan yang dipercayai dibina oleh syarikat pembalakan untuk merentasi Sungai Suhu bagi mengeluarkan balak dari kawasan berkenaan.
Penduduk Kampung Temong Bengan, Kampung Temong Putah, Kampung Temong Mura, Kampung Temong Mawang, Kampung Darul Fallah, Kampung Darul Huda, Kampung Tepoi, Kampung Semunti, Kampung Sebekar dan Kampung Sebuhang kini merayu campur tangan pihak berkuasa menghentikan pembalakan di kawasan tanah mereka sejak pertengahan tahun lalu.
Syarikat pembalak bukan saja mengambil balak di hutan berhampiran kampung, malah dusun durian serta sawah padi mereka turut dirosakkan. Lebih teruk, air sungai yang selama ini menjadi sumber kegunaan harian kini tercemar teruk apabila air yang dulunya jernih kini bertukar kekuningan.
Menurut penduduk, mereka terpaksa bertindak sendiri kerana masalah ini seolah tidak diberi perhatian. Sampai bila mereka harus menunggu? Adakah sehingga hutan dan tanah mereka musnah barulah hendak bertindak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Pernah anda menonton cerita WALKING TALL.
Nampaknya cara ini lebih berkesan daripada mengajukan aduan kepada pihak-pihak yang buta dan pekak!
SYABASSSSS TerusKan perjuangan MU WAHAI RAKYAT SABAH,,,,KAMU ADA HAK,,, PIHAK BERKUASA HANYA DIAM SETELAH DAPAT HABUAN DR TOKEY2 BALAK,,,
mr & mrs azman, bukan sabah la..kat sarawak 2.
Post a Comment