Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 10, 2011

INILAH TEKTIK JAHAT BN KUMPUL DANA PRU13 ?


LEPAS NAIKKAN HARGA PETROL RON 97 , KINI HARGA GULA NAIK 20 SEN. APA ERTI INI?
ISU KRISTIAN HANYA MODAL UNTUK MENUTUP MATA RAKYAT ELAKKAN RAKYAT SEDAR & MELIHAT KENAIKAN HARGA BARANG DAN MINYAK YANG MEMBEBANKAN RAKYAT.

CARI MODAL UNTUK BELANJA RAKYAT ? NAK LAYAN PERASAAN GAJI KAKITANGAN AWAM YANG DISARANKAN CUEPACS SEBANYAK 15%? KITA BOLEH LIHAT ADA KENAIKAN APA LAGI SELEPAS INI ?
YB ANAK MAHATHIR BERPENDAPAT PRU13 SEBOLEHNYA JANGANLAN MASA YANG TERDEKAT INI, BEGITU JUGA DENGAN PENDAPAT AYAHNYA TUN MAHATHIR YANG MENYATAKAN BN SANGAT LEMAH SEKARANG DAN BELUM LAYAK UNTUK PRU13 TAMBAHAN LAGI RAMAI PEMIMPIN BN BERMASALAH DENGAN DISIPLIN DAN RASUAH. PADA TEMAN NAJIB PUNYA KEKUATAN PADA RM, BELIAU SANGGUP BERBELANJA BESAR UNTUK 'DEMI UNTUK RAKYAT'.PUNCA WANG TIDAK BELIAU PEDULI. BAKAT BERBELANJA BESAR DAN KASAR TERSERLAH SEMASA BELIAU DILANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR PAHANG TERMUDA DALAM SEJARAH.


Harga gula naik 20 sen

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

ALASAN BN YANG MEMUALKAN RAKYAT MALAYSIA : Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

No comments: