Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 22, 2011

SPR BUAT-BUAT LUPA SEJARAH KIRA SEMULA UNDI 5 KALI PRU 2004


SPR Sarawak pertahankan tindakan pegawainya YANG TIDAK BETUL?
Benarkah , SPR boleh tolak permintaan calon untuk kiraan semula ? Takkan calon ada pangkat datuk atau bekas imam besar sahaja boleh minta kiraan undi semula.

PRU 2004 Selepas pengiraan semula sebanyak (lima) 5 kali, ketua parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim), mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sarawak mempertahankan keputusan dan tindakan pegawai pengurus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Senadin yang enggan mengira semula undi di pusat penjumlahan pada 16 April lalu.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah, berkata keputusan Pegawai Pengurus Chai Ko Het menolak pengiraan semula undi merupakan satu keputusan dan tindakan yang betul dan tepat berdasarkan undang-undang pilihan raya khususnya subperaturan 23A (1), subperaturan 25 (13) dan subperaturan 25D (5A), Peraturan-peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.


"Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengurus N65 Senadin itu, bolehlah memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah tinggi dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya itu disiarkan di dalam warta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Kita tunggu dengan sabar akan taksiran undang-undang ini dikamar mahkamah dan perbahasan antara dua pihak yang menuntut hak masing-masing.Bagi pihak yang diluar mahkamah dan yang tidak berkenaan sila ambil perhatian.Bagi mereka-mereka yang ingin mempengaruhi taksiran-taksiran undang-undang ini,sila hindarkan dan tahan diri.Supaya perhakiman dapat berjalan dengan baik dan tepat mengikut keluhuran undang-undang yang termaktub didalam rukun negara kita ini.Jika tidak maka akan berlakulah ketidakadilan kehakiman dan hukuman yang dikeluarkan.Cukuplah pelancong asing yang datang kesini(serawak)hanya melihat binatang-binatang buas seperti oranghutan,longtong kera,beruk,mawas dan monyet yang terdapat didalam hutan rimba sahaja bukannya diperkarangan mahkamah yang mulia itu.