Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 22, 2011

INI BARU BETUL ! TIMBALAN NAIK JADI KETUA PENGARAH

Othman Mustapha KP Jakim baru
Mudah-mudahan Ketua Pengarah JAKIM baru akan memberi nafas keIslaman yang lebih tinggi dan mantap.

PUTRAJAYA, 21 April 2011 – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, dilantik ketua pengarah agensi itu berkuat kuasa Ahad ini.

Beliau menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang akan bersara wajib pada Sabtu ini selepas lebih tiga tahun memimpin Jakim.

Majlis penyerahan nota serah tugas jawatan berlangsung Khamis disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, lapor Bernama Online.

Jamil Khir berkata kerajaan dan rakyat menyanjung tinggi kepimpinan Wan Mohamad yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan menjadi Ketua Pengarah Jakim sejak Julai 2007.

Jamil Khir berkata Wan Mohamad akan dilantik sebagai Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) berkuatkuasa serta merta selepas kepimpinannya terserlah ketika menerajui Jakim.

“Tugas beliau akan ada kesinambungannya, yang diharap dengan menerajui kedua-dua institut tersebut, akan memberi kesan yang lebih menyerlah,” katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Othman berkata beliau akan sentiasa mendapatkan nasihat daripada menteri dalam melaksanakan perancangan dan strategi selain memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicapai dalam waktu yang ditetapkan.

Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang syariah, dan telah menyertai dan berkhidmat di Jakim sebagai pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.

Beliau pernah menjadi Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Pengarah Jakim cawangan Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

No comments: