Pada Sabtu, 7 Mei Sabtu rakyat Singapura akan mengundi, yang ditetapkan sebagai cuti umum.Sekurang-kurang Pemerintah Singapura ada 'telo' untuk berpilihanraya.Undang-undang mereka tidak ada alasan untuk menggunakan jentera kerajaan. Di Malaysia gelaran YB dan Menteri setelah bubar masih tidak menjadi kesalahan kerana SPR yang bebal sengaja tidak melihat bahawa cara ini akan memudahkan pemimpin UMNO/BN menggunakan jentera dan kemudahan Kerajaan.
Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 27 April, memberi ruang kepada kempen
pilihan raya selama sembilan hari dan Hari Bertenang selama sehari.
Kenyataan itu menyusuli pembubaran Parlimen yang diisytiharkan Presiden S R
Nathan pada 3 petang semalam, atas nasihat Perdana Menteri, Encik Lee Hsien
Loong.
Hari Bertenang, yang pertama kali dikenalkan, adalah bagi membolehkan
pengundi membuat keputusan secara tenang sebelum mengundi dan parti-parti
politik dan calon-calonnya tidak dibenarkan berkempen pada hari tersebut.
Pilihan raya kali ini adalah yang kedua bagi Encik Lee selaku Perdana
Menteri.
Ia disifatkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai pilihan raya umum
genting kerana parti pemerintah ingin menyerap dan memupuk kepimpinan muda
bagi membentuk pucuk pimpinan akan datang.
Bahang pilihan raya umum telah dirasakan apabila PAP mula mengenalkan
calon-calon baru sejak bulan lalu.
Kesemuanya, terdapat sejumlah 24 calon baru PAP, termasuk dua calon baru
Melayu, antara proses pembaharuan terbesar yang dilaksanakan parti
pemerintah itu.
Jumlah kerusi keseluruhannya adalah 87, naik daripada 84 kerusi sekarang
ini.
PAP kini menguasai 82 daripada 84 kerusi Parlimen.
Dalam pilihan raya lalu pada 2006, PAP memenangi 45 daripada 47 kerusi yang
dipertandingkan dengan dua kerusi terus dipertahankan pembangkang - Encik
Chiam See Tong di Potong Pasir dan Encik Low Thia Khiang di Hougang.
Dalam pilihan raya tersebut, PAP meraih 66.6 peratus undi berbanding 75.3
peratusan undi pada pilihan raya 2001.
Pilihan raya kali ini dilihat antara yang paling sengit dengan isu-isu
seperti kos sara hidup yang tinggi dan pembanjiran pekerja asing dijangka
mendapat perhatian.
Sesetengah pengamat menganggap sentimen di kalangan pengundi kali ini
mungkin kurang baik atas isu-isu tersebut.
Keputusan pilihanraya 2006 - 84 kerusi
Keputusan pilihanraya 2011 - 87 kerusi? Siapa menang?
Deposit setiap calon yang ingin bertanding ditetapkan $16,000 - naik
daripada hanya $13,500 pada pilihan raya yang lalu.
Sekitar 2.3 juta pengundi layak mengundi dalam pilihan raya kali ini, naik
daripada 2.1 juta pada pilihan raya 2006 dan 2 juta pada pilihan raya 2001.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment