Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 8, 2011

SEORANG LAGI MENTERI DI JPM CUBA BUAT TUDUHAN TANPA BUKTI DAN SAKSI !

Menteri beragama Islam dan berkelayakan tinggi dalam agama ini cuba mengelak dari memberi komen tentang video fitnah dan memberi alasan kes video lucah fitnah telah disiasat oleh polis (dalam siasatan).
Nampaknya beliau mencari isu lain seperti ajaran sesat yang dah berkulattu dan kini beria-ia cuba membangkitkan air zam-zam palsu. Beliau seorang yang pernah jadi ustaz sanggup mengujudkan kekeliruan dikalangan orang Islam dalam pengunaan air zam-zam tanpa menunjukkan satu kes atau peristiwa yang berlaku seperti telur tiruan.
Kalau nak dedahkan, buat satu tangkapan baru tuduh ada kes.Baru difahamkan oleh pegawainya dah buat kenyataan ada air zam-zam palsu. Mentang-mentanglah dah banyak yang palsu seperti janji SPR palsu, janji SPRM dan Polis juga banyak yang palsu apatahlagi ramai Menteri buat janji palsu.


AIR ZAM ZAM: Peniaga campur air bukit, telaga.
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan memang ada air zam-zam yang dijual di negara ini dicampur dengan air telaga dan air bukit.

Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dijalankan oleh pihak-pihak swasta yang mengambil air galian daripada sebuah telaga di Pahang dan air bukit di Hulu Yam, Selangor.

"Saya difahamkan, ada kelompok-kelompok individu yang menjual dan mencampurnya dengan air zam-zam ini. Dalam konteks ini, cukup payah untuk mengenal pasti sebab ia air. Sama warna iaitu putih.

"Sekarang bukan sahaja air zam-zam palsu malah telur pun ada yang tiruan di mana sepatutnya telur ini datang daripada binatang yang bertelur," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan media kelmarin mengenai kebimbangan orang ramai kemungkinan terdapat penjualan air zam-zam tiruan ekoran ia semakin banyak di pasaran pada masa ini.

Menurut Jamil Khir lagi, kajian saintifik mendapati, air galian memang ada persamaan dengan air zam-zam tetapi bimbang persamaan itu digunakan untuk menipu pengguna.

1 comment:

Anonymous said...

Memang warna air sama. Tetapi untuk membezakan air zam2 dgn air putih biasa adalah sngt jelas dari segi rasa.

Saper kata payah nak bezakan air zam2 dgn air biasa?

Air zam guna buat sumbu lampu pun boleh. saya pernah menyaksikan satu demonstrasi apa yg sebenarnya terkandung dlm air zam2. Rasa mcm tak percaya tengok diaorg nyalakan sumbu kain dgn air zam2!!