kOMEN : bILA nAK PRK BARU TERHEGEH-HEGEH NAK BERI KEMUDAHAN AIR BERSIH ? Itupun dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia. Rakyat dan blogger kena sedar ! apa yang BN buat selama ini , bila pilihanraya asyik umum bajet berjuta-juta dan berbilion-bilion tapi akhirnya pi mai pi mai tang tu jugak.Memalukan , Ketua Menteri boleh mempunyai kekayaan berbilion, anak saja ada kekayaan lebih 1 bilion? Inilah padahnya bila ketua menteri dibiarkan berlama-lama memegang jawatan yang sama.
SERIAN 31 Mac - Lebih 1,700 keluarga luar bandar di Sarawak bakal menikmati bekalan air bersih selewat-lewatnya Jun ini menerusi pelaksanaan sistem grafity feed yang diusahakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak Januari lalu.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, projek bekalan air di bawah Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) itu merupakan inisiatif bersama pihaknya dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Kesihatan.
"Projek yang bernilai kira-kira RM5.2 juta ini melibatkan 37 kawasan luar bandar di Serian, Limbang, Kanowit, Kapit, Sri Aman dan Bau. Setakat ini projek di Serian yang melibatkan dua lokasi iaitu Kampung Sungai Buru dan Kampung Sungai Empassa sudah siap sementara di Kapit dan Sri Aman pula hampir selesai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat rumah yang terlibat dalam Program Bantuan Rumah (PBR) di Kampung Bunan Gega, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, antara projek lain yang sedang dilaksanakan di bawah NBOS yang kini memasuki fasa ketiga adalah membina jalan di kawasan luar bandar.
"Projek menaik taraf jalan sejauh 76 kilometer yang menghubungkan Long Luping-Ba'Kelalan dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment