Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 15, 2011

KERJA CIKAI NAIK PANGKAT RAKYAT PERTIKAI !

Perlantikan Khalid Sebagai Timbalan IGP Dipertikai. Imej Polis Akan Terus Merudum.

PKR ‘protes’ Khalid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

PKR menyifatkan keputusan Putrajaya melantik Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru adalah tidak wajar dan “satu langkah tidak bijak” jika mahu memulihkan imej PDRM.
Menurut naib presidennya N. Surendran, banyak pihak akan mempersoalkan pelantikan bekas ketua polis Selangor itu kerana kegagalan beliau dalam beberapa insiden kematian dan penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis Selangor.

Tambah Surendran, beliau sendiri tidak yakin akan kredibiliti dan keupayaan Khalid untuk memikul tanggungjawab orang nombor dua dalam PDRM.

Selain itu, tambahnya, pelantikan Khalid itu juga dilihat satu usaha untuk mengangkat beliau menjadi ketua polis negara selepa ini.

“Saya terkejut dengan pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan keputusan itu dilihat cubaan untuk melantik beliau sebagai ketua polis negara selepas ini.

“Pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar adalah satu keputusan tidak bijak kerana ia jelas tidak akan membantu mengembalikan kepercayaan dan tidak akan meletakkan pasukan polis berada di landasan yang sepatutnya,” katanya sambil menambah Putrajaya perlu mengambil kira kepentingan awam dalam membuat keputusan penting seperti itu.

Khalid, Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam dilantik sebagai timbalan ketua polis negara menggantikan Datuk Husin Ismail yang bersara hari ini.

Tegas Surendran, dua kematian yang berlaku ketika Khalid masih memegang jawatan ketua polis Selangor adalah sebab utama mengapa beliau tidak layak untuk dilantik timbalan ketua polis negara.

“Beberapa alasan kenapa beliau tidak layak untuk menjawat jawatan itu adalah penyalahgunaan kuasa yang berlaku ketika beliau masih menjadi ketua polis Selangor, ia termasuk pembunuhan dan penganiayaan terhadap A. Kugan pada Januari 2009 dan kemudian kes tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang mana polis cuba untuk menutup kedua-dua insiden ini.

“Malah Datuk Khalid Abu Bakar juga tidak pernah memohon maaf atau bertanggungjawab atas dua kes kematian yang berlaku ketika memegang jawatan itu,” katanya.

Malah kata beliau, jawapan yang diberikan Khalid dalam kedua-dua kes itu menguatkan lagi keyakinan beliau tidak layak untuk memegang jawatan baru itu.

“Menjadikan keadaan lebih teruk dalam kes A. Kugan Datuk Khalid Abu Bakar memberikan komen dan jawapan yang tidak munasabah mengenai cara kematiannya iaitu Kugan meminum segelas air lalu mati.

“Sedangkan keadaan yang berlaku adalah sebaliknya apabila badan A. Kugan mengalami kecederaan serius, begitu juga dalam kes Aminulrasyid apabila Datuk Khalid Abu Bakar berkata remaja itu adalah penjenayah dan cuba untuk melanggar kereta peronda polis,” katanya.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah meninggal dunia ketika dalam tahanan polis manakala Aminulrasyid pula ditemui mati ditembak April lalu.

Tambah Surendran, keyakinan rakyat terhadap PDRM masih berada di tahap yang rendah ekoran dua insiden yang berlaku itu.
“Selain itu, PDRM perlu secara keseluruhannya dirombak semula, proses merekrut polis dan kaedah latihan juga perlu dikaji.

“Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC) perlu diwujudkan untuk memantau penyalahgunaan kuasa polis,” katanya.

No comments: