Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 14, 2011

KESALAHAN DSAI BELUM PASTI DIDEDAH DITOHMAH, INDIVIDU HARAM JADAH DAH DIKENALPASTI KPN KATA TAK BOLEH DEDAH !?#@

KPN: Lelaki aksi seks rakaman video sudah dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 14 April — Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

Video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan oleh “Datuk T” di hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu, mendakwa lelaki dalam aksi seks adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut “Datuk T” adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis,” kata beliau kepada pemberita.

Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, “polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks.”

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

6 comments:

azman kamarul said...

Suatu peringatan untuk KPN.Di atas muka bumi ini kerana kita ada sedikit kuasa yang Allah amanahkan janganlah kita terlupa kepada amanah yang seharusnya di pikul KERANA sebenarnya kita yang ada kuasa ini tidak terlepas daripada SIASATAN Allah swt yang akan menerima hukuman BAIK atau JAHAT di mahsyar nanti.
KETIKA ITU WANG RINGGIT TIDAK LAGI DAPAT MEMBELI MALAIKAT PENJAGA SYURGA ATAU MALAIKAT PENJAGA NERAKA...Wallahhua'lam!

SEROJA HOMESTAY KANGAR NO. 10 LORONG 2, TAMAN BUNGA SEROJA KANGAR PERLIS said...

WAHAI ORG2 PAS HAMPA PATUT MALU PADA DIRI SENDIRI KERANA PEMIMPIN HAMPA MENYOKONG INDIVIDU YANG MENJADI KAKI ZINA/GAYS/PEMBOHONG/PEMFITNAH DAN SBGNYA LAGI DEMI SANGGUP BERSEKONGKOL DENGANNYA UNTUK MENDAPATKAN SEDIKIT KUASA DI ATAS MUKA BUMI ALLAH. ULAMAK YANG TIDAK MASUK POLITIK ITULAH ULAMA PEWARIS NABI, TAPI ULAMA YANG MASUK POLITIK PAS DINAMAKAN PEWARIS BABI, JANGAN MARAH//???

anti Zul nording said...

SAM Mat ..
aku ahli UMNO yg bakal keluar Umno sedih sikap pemimpin Umno tu sendiri yg x mahu ikut Islam..
aku kat johor dididik sehingga darjah khas sekolah agama...jika seseorang itu menuduh seseorang itu berzina maka hendaklah dia membawa 4 org saksi yg tidak fasik..jika gagal maka org yg menuduh buleh dikenakan hukum Qazaf...tp apa yg berlaku sekarang bertentangan dgn hukum Islam itu sendiri..apakah kita mengaku kita Islam tp tidak mahu mempraktikkan hukum Allah? fikir2 kan laah

Independent Malay said...

Assalamualaikum sdra Sam Mat,jangan marah ye,cuma nak ingatkan apa yg sdra tulis dipaparan komen ni akan dibentangkan dihadapan sdra diPadang Mahsyar nanti! Agak2nya apa sdra nak jawab dgn Allah apabila disoal kenapa sdra membuat fitnah yg sudah lari drpd hukum yg ditentukan Allah dalam Kitabnya? Harap sdra berhati2 sikit tentang tuduhan yg menjadi fitnah,Allah tidak akan mengampunkan selagi pemfitnah itu tidak mendapat pengampunan drpd insan yg difitnah. Amal Maaruf Nahi Mungkar adalah asas Seorang Mukmin & Allah Maha Mengetahui segala2nya. Wassalamualaikum

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Kita ada ulamak dan mufti yang dah celik dan baru2 ni dah beri fatwa, ikutlah apa yg dia kata ...kena ada 4 saksi bukan kena saksi rakaman cctv atau rakaman video tersembunyi. Allah x nak susahkan hambanya. Sedangkan dalam pertandingan bola sepak pun , rakaman Video tidak boleh diguna sebagai saksi dan bukti utk keadilan.

Anonymous said...

sam mat said ,melayu memang tiada agama,lain melayu islam, tahu hukum hakam islam, puak amnosex aja yang suka fitnah,macam ni aku pakat sekularga tinggalkan ler amnosex tu utk kini dan selamanya, bye,bye,bye