Kenapa Seorang Paderi Di Klang Sokong PAS - Menarik !!!
Apa maksud mimpi melihat warna hijau dan putih ?
Dalam satu perjumpaan ketua-ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Selangor baru-baru ini seorang paderi dari sebuah gereja di Klang menceritakan pengalamannya bagaimana dia seorang paderi boleh terlibat menyokong dan menyertai DHPP.
Katanya dia telah melihat banyak berlaku kejahatan di sana-sini dan ini amat merisaukannya. Bagaimana kita dapat menyelamatkan diri kita dalam negara yang penuh pancaroba ini. Penipuan berleluasa, rasuah perkara biasa, keruntuhan masyarakat terutamanya golongan muda amat membimbangkan. Manusia lebih mementingkan kuasa dan harta dari segala-galanya.
Kerisauan yang mendalam itu menyebabkan dia sering bermohon kepada Tuhan agar menyelamatkannya daripada segala dugaan dan memberikannya petunjuk. Pada satu hari dia bermimpi melihat dua warna. Satu hijau dan satu lagi putih.
Mimpi itu sentiasa bermain di kepalanya dan puas dia memikirkan apa maksud mimpi tersebut. Pada suatu hari ketika dia menaiki kereta yang dipandu oleh anaknya, dia menceritakan tentang mimpi itu kepada anaknya. Dengan spontan anaknya menjawab "itu lambang Parti PAS !".
Paderi itu terus terdiam dan tidak bertanya lagi. Selama ini dia sentiasa mengelakkan dirinya daripada politik. Dia tidak mahu ambil tahu hal politik. Biarlah dia dengan usahanya sebagai paderi mangajak manusia berbuat baik dan tidak perlu masuk campur hal politik.
Pada satu perjumpaan dengan paderi-paderi di gerejanya, dia berkongsi tentang mimpi yang menghantuinya dengan mereka. Alangkah terkejutnya dia apabila mereka semua mengalami mimpi yang serupa. Apabila diselidiki makna mimpi 2 warna itu, tiada perkara lain yang mereka jumpa melainkan semuanya memberi erti lambang Parti Pas.
Akhirnya mereka semua bertekad untuk pergi berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka akan bertolak ke Kelantan dengan bas beramai-ramai. Untuk meringkaskan cerita maka bertemulah mereka semua dengan Nik Aziz dan berceritalah Ketua Paderi pada Nik Aziz tentang mimpi mereka semua.
Maka Nik Aziz menyambutnya dengan mesra dan gembira sekali seraya berkata memang itulah matlamatnya dan juga matlamat parti PAS. Kita mestilah berjuang bagi menegakkan keadilan. Kita mestilah berusaha memastikan rasuah ditolak dan dibenci, kejujuran wajib dijadikan sebagai identiti masyarakat dan juga pemimpin.
Kita perlu berusaha meruntuhkan kerosakan moral yang menular keseluruh pelusuk masyarakat negara kita. Kita mesti mengingatkan manusia bahawa harta kekayaan bukanlah matlamat hidup kita sehingga kita sanggup menggadaikan maruah. Kita perlu menginsafkan para pemimpin kita bahawa kuasa adalah amanah untuk kita gunakan bagi menegakkan keadilan kepada masyarakat. Memang itulah matlamat PAS selama ini.
Maka pulanglah kesemua paderi tersebut ke Klang dan seterusnya keseluruhan ahli gereja mereka turut sama menuruti jejak pemimpin gereja mereka dan tertubuhlah satu lagi cawangan Dewan Himpunan Penyokong Pas di Klang.
Cerita di atas di sampaikan oleh seorang Ustaz yang turut sama hadir dalam perjumpaan. Paderi itu menceritakan sendiri kepada ustaz tersebut sebelum berkongsi dengan seluruh peserta yang hadir. Wallahu'alam.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
4 comments:
SubhanaALLAH
janganlah kerana terlalu fanatik berpolitik maka PAS dijadikan agama!
assalamualaikum
Politik adalah satu perkara asas dan keutamaan didalam kehidupan manusia kerana ia melibatkan kepimpinan didalam sesuatu institusi masyarakat,budaya,keagamaan,nilai-nilai etika dan sosial serta halatuju manusia didunia dan diakhirat.Tanpa politik atau umumnya siasah mungkin manusia ini tidak diciptakan oleh allah untuk diamanahkan untuk memakmurkan dunia dan menjadi pemimpin keatas mahkluq yang lain diatas muka bumi ini.Orang yang tidak berpolitik bukan hanya berkisar fahaman sempit yakni kepartian dan peraturan disamping undang-undang kebenaran untuknya,boleh membawa kearah pengasingan diri didalam ilmu jiwa yang berkehendakan kearah interaksi antara tuhan,manusia,alam syahadah dan alam gaib.Islam dan politik mempunyai makna dan pengertian yang luas jika dibandingkan dengan apa yang difahami oleh ilmu barat dan sekutunya.Asas pengertian politik boleh diambil dari apa yang Allah sebutkan bahawa rasullah s.a.w itu adalah pembawa rahmat untuk sekelian alam dan petunjuk jalan keredaannya.Iman adalah satu tendency kearah sesuatu.Jadi bila sebut iman kepada allah dan rasulnya.Sudah tentu tendency power(kuasa kecenderungan) kearah itu adalah perlu,diikuti dengan istilah Fanatik yang menjadi kekuatan keatas pegangannya.Kefahaman yang biasa dan awam ini tidak timbul dan berkaitan untuk ahli-ahli dan pimpinannya menjadikan Pas sebagai agama.Nauzubbillahminzalik.Kerana Pas ditubuhkan dan ditegakan diatas jalan amal,makruf dan nahi mungkar serta beriman kepada Allah s.w.t
Hadi pun satu taraf dgn paderi tu, taraf wali. Hanya wali Allah sahaja dapat beejumpa Nabi.
Post a Comment