Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 18, 2011

ASTAGFIRULLAH ! APA NAK JADI ANAK BUAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Komen : Apa nak jadi Polis nie kata dah ada kenaikan gaji? Yang konstable ni pula duduk di Terengganu yang kaya dengan minyak. Bantuan dari wang ehsan pun berlambak.
Bila ada PRK polis selalu dikerah seramai yang boleh. Baru-baru ini ada kes Polis kena wabak virus ADE... dan 2 orang polis bakal inspektor meninggal dunia. Namun negeri ini yang kebelakangnya penuh dengan kes seludup dadah, 2 penyanyi topnya penagih dadah. Baru-baru ini ada kes curi motor jual alatganti curi dan terkini kes curi kereta dan jual spare part dari kereta curi tersebut dan KEBETULAN? melibatkan konstable POLIS!

Polis Marang Curi Kereta

KUALA TERENGGANU: Polis menahan 13 orang termasuk seorang Lans Koperal polis kerana dipercayai terlibat dalam sindiket mencuri kereta untuk diambil bahagian tertentu dan dijual sebagai alat ganti.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata, hasil serbuan di beberapa buah bengkel kereta dan rumah orang perseorangan pada 8 Mac lepas, seramai 11 orang berjaya ditahan.
"Pada awalnya kita tahan 11 orang dan semalam kita menahan dua orang lagi termasuk seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Marang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas 10 buah kereta, selain menemui komponen kereta seperti pintu, enjin, nombor casis, badan kereta serta peralatan yang digunakan untuk memotong kereta.
Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 30 hingga 40 tahun dan kebanyakan mereka bekerja sebagai mekanik di bengkel yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

Manakala anggota polis berumur 43 tahun itu yang ditahan di Marang malam tadi sudah berkhidmat dengan polis sejak 21 tahun lalu dan suspek telah diserahkan kepada polis Subang Jaya berhubung kes kecurian kereta di sana.

Jamsah berkata, dua daripada mereka ditahan reman sehingga esok dan dua lagi sehingga 19 Mac bagi membantu siasatan, manakala yang lain dibebaskan.
Beliau berkata, polis turut memburu tiga lagi rakan mereka bagi membantu siasatan.
Katanya, ekoran daripada kejayaan itu, polis telah dapat menyelesaikan enam kes curi kereta di Kuala Terengganu dan satu di Subang Jaya.

Beliau berkata kereta yang menjadi sasaran sindiket itu ialah kereta nasional seperti Proton Iswara, Waja, Iswara Aeroback, Satria, Saga, Wira dan Perodua Kelisa
-mStarOnline-

1 comment: