Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, March 19, 2011

BUANG TABIAT SATU ISYARAT NAK BUNGKUS

Lawatan bersama PM dan TPM ke Sarawak, satu isyarat Barisan Nasional dan bungkus pada tahun ini. Dalam apa yang dilihat sebagai isyarat yang belum pernah berlaku dan ini orang tua-tua kata nak buang tebiat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mengadakan lawatan bersama ke Sarawak Sabtu ini, destinasti pertama beliau dalam siri jelajah bertemu rakyat di seluruh negara.Apa yang takut sangat PM dan TPM ni, padahal baru lagi datang ke Sarawak contohnya sebelum dan semasa perkahwinan Taib Mahmud. BN mengelabah takut sangat pengundi akan beralih arah.

Entah berpa kali kemuncak tak tahulah yang dikatakan beberapa siri lawatan Perdana Menteri sejak tahun lepas.

Dengan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang bakal menjelang tidak lama lagi, jadual lawatan mereka sudah tentu akan membawa keceriaan kepada kalangan rakyat, yang masih inginkan kepastian berhubung kesinambungan dasar pembangunan sosio-ekonomi kerajaan dan kestabilan politik.

Sebagai permulaan, Najib dan Muhyiddin dijangka bersama-sama menghadiri pelancaran program Sejiwa Senada bagi bahagian Samarahan di Serian, kira-kira 65km dari sini, dan kemudiannya beredar untuk melakukan tinjauan mesra di Bandar itu, disusuli dengan majlis makan tengah hari di gerai Perbadanan Pembangunan Ekonomi Serian Sarawak (SEDC).

Kununya dijangka 500,000 orang dijangka mengunjungi gerai penerangan dan perkhidmatan yang diwujudkan di bawah program yang dilaksanakan di seluruh negeri itu sebagai wadah untuk kerajaan bertemu rakyat dalam menyebarkan inisiatiaf inovatif dan kreatif, termasuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Terdahulu pada hari yang sama, Najib buat julung kali akan bertemu rakan Facebook beliau dalam sesi Mari Berjumpa, Mari Berhubung di kompleks Dewan Undangan Negeri lama di Petra Jaya di sini.

Dalam reaksi segera kepada jemputan itu, Sarinah Abdullah, salah seorang rakan beliau dalam laman rangkaian sosial itu, berkata beliau seringkali mengimpikan untuk bertemu Perdana Menteri namun tidak pernah berkesempatan. Mudah-mudahan beliau akan mimpikan warna hijau dan putih tidak kama lagi.

Seorang lagi rakan Facebook Perdana Menteri, Kamsiah Saufi, ingin tahu sama ada lawatan itu merupakan tanda pilihan raya semakin hampir.

Perdana Menteri, yang akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut dijadual beramah mesra dengan penduduk setempat semasa tinjauan mesra itu dan sesi bertemu rakyat di Kampung Semera, Sadong Jaya di Samarahan.

Penduduk di bandar akan turut menghadiri majlis serupa yang akan diadakan pada sebelah tengah hari di kawasan pasar basah Taman Kenyalang di sini.

Pada masa ini, penduduk Taman Kenyalang adalah antara mereka yang memperoleh manfaat daripada semakan semula premium untuk memperbaharui pajakan tanah baru-baru ini, yang tidak dinafikan lagi merupakan kadar paling rendah di Negara ini.


Sementara itu, Muhyiddin, yang akan diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman membuat lawatan antaranya sebagai kapasiti Menteri Pelajaran.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Jikalau kita membaca cerita-cerita mitos dan lagenda sudah pasti kita akan bertemu putera-putera kayangan dari langit turun kebumi dengan megahnya dan penduduk bumi menyambut dengan baik dan takjub dengan keajaiban yang dibawa oleh mereka.Tetapi diSerawak,alam kehidupan serta rakyatnya yang susah terutama rakyat luar bandar dan pendalaman jauh tertinggal dari arus pemodenan dan kekurangan kemudahan dibawah pemerintah yang dikasihi oleh PM dan TPMnya adalah cerita benar dan realiti dan bukan metos atau lagenda.Mungkin pelbagai rancangan dan perlaksanaan dikokokkan macam ayam berkokok diawal pagi tapi keberkesanan untuk dinikmati oleh rakyat Serawak boleh dipersoalkan.Susunan perekonomian mengikut kaum,tahap pelajaran,kemudahan asas dan logistik,pendapatan,undang-undang tanah dan hak asasi rakyat perlu dipertingkatkan dengan rancangan bersepadu dan disalurkan kepada rakyat melalui mekanisma agensi kerajaan yang cekap dan telus.Berita-berita,rumour,cakap-cakap mulut oleh penduduk serawak khas diBintulu yang saya temui rata-rata meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kerajaan yang ada.Maka tunggulah apa yang ditunggukan oleh rakyat serawak dihari penuh pesta dan pelbagai hadiah dan cerita yang manis dihari Plihan raya yang akan datang.insyaalah.Buat rakyat serawak yang ku kasihi.