Dengan pemergian ADUN Kerdau, Dato’ Zaharuddin Abu Kassim maka negara berhadapan dengan Pilihan Raya ke 16 selepas DUN Pelabuhan Klang dan DUN SIPUTEH yang cuba dinafikan keperluan PRK untuk pengundi-pengundinya yang ingin menikmati kemakmoran dan limpahan projek dan wang.
Kalau kita amati dan teliti sehingga PRK ke 16 ini satu-satu negeri yang belum mengalami PRK ialah negeri Perlis.
Macam dirancang (memang Allah lebih mengetahui) 3 pilihanraya kecil yang terakhir ini diadakan di kawasan yang boleh dikategorikan umpama kubu Barisan Nasional. Setelah calon-calon Pakatan Rakyat tewas di Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi, PAS terus diamanahkan untuk memikul tanggungjawab di Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Sedemikian amatlah terasa jika wakil rakyat negeri Perlis tidak berjaga-jaga dan berdoa agar mereka sihat walafiat sehingga PRU13 nanti. Mereka juga mungin menghadapi doa sebaliknya dari pengundi atau segelintir rakyat yang mahu menikmati rezeki PRK seperti yang berlaku di negeri lain.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
3 comments:
assalamualaikum
Kejayaan yang telah ditunjukkan oleh Pakatan rakyat ketika mengiringi calun-calun mereka dengan iringan puluhan ribu penyokong adalah lebih menakutkan daripada keputusan pilihanraya yang ada.Begitulah Hosni Mubarak bangga dengan keputusan pilihan raya selama 30 tahun menyebelahinya tapi dinafikan pada tarikh 11 febuari 2011 apabila berjuta rakyat menunjukkan pilihan mereka untuk menjatuhkan dia bersama-sama dengan pemerintahan dan kekayaan yang korup.Sesungguhnya kekuatan Pakatan rakyat yang didokong oleh pelbagai lapisan rakyat secara realiti amat ditakuti oleh kerajaan(BN) sekiranya berlakunya revolusi sebagaimana diMesir.
ZUL
CERDIK HANG NO..
ELOKLAH LEPAS NI PAKAT RAMAI RAMAI IRING CALON. TAK PAYAH UNDI
assalamualikum
Itulah dimanakan revolusi dimana rakyat Mesir menjatuhkan Hosni mubarak berpakat beramai-ramai sebagaimana hang fikirkan.Ada berani ka
Post a Comment