Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 14, 2011

BARU MINTA RASUAH KENA 6 TAHUN PENJARA & DENDA RM300,000 !

Bekas penolong pegawai daerah dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah


BUTTERWORTH: Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Jamil Mohd Noor, 58, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM300,000 kerana kesalahan cuba memperolehi rasuah lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu seleps tiga kali menangguhkannya kerana tertuduh menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Pulau Pinang. Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun tertuduh diarah menjalani penjara empat bulan kerana gagal membayar denda. Mohd Jamil melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2006 jam 11 malam di Restoran Nasi Kandar An Nur, Kepala Batas. Dia cuba meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah Lot 3482 GM2058, Mukim 5, SPU bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan di Pasar Awam, Kepala Batas. Mohd Jamil dituduh di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575), dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun atau denda RM300,000 atau lima kali nilai suapan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala Mohd Jamil diwakili peguam bela Rosli Ismail. -Bernama

1 comment:

mantaro said...

A.D.O ini dulunya banyak menzalimi orang di LMS.Pandai berlakon,kononnya pembela rakyat,tetapi beliau merupakan penyokong UMNO tegar.Dengan taukeh layan sakan,dengan rakyat pandai "main-,main" .