Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 14, 2011

KECOH BILA PENGERUSI PILIHAN RAYA BERIA-IA NAK BERDEBAT !

Akhbar Berita Harian melaporkan dan dalam TV3 juga memaparkan Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Pilihan Raya Merlimau bersedia menjawab segala tohmahan dan berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung pentadbiran dan pembangunan di negeri ini.Laporan itu menunjukkan Ali Rustam tidak gentar menjawab segala tuduhan terutama berkaitan pemberian status negeri maju, rancangan pembangunan industri dan pelancongan serta penyediaan infrastruktur di Melaka.

Orang luar Melaka mungkin mudah ditemberang termasuk pemberita lurusbendul tetapi sukar ditpu kerana mereka dah tahu bukan pertama kali kata-kata itu keluar dari pemimpin Umno yang terpalit isu rasuah dan penyelewengan berkata demikian.

Kita perlu ingat akhir tahun lepas kewajaran pembinaan sekolah Murid Mengandung ( sekolah Harapan ) telah dipersoalkan dan juga pendedahan penipuan kerajaan negeri terhadap rakyat Melaka dan Malaysia dan seluruh dunia kononnya Melaka telah mendapat pengiktirafan OECD ( Organisation for Economic Cooperation and Development) pada 2010.Fakta ini akhirnya telah dinafikan oleh wakil OECD Jon Hall. Ali Rustam yang bengong dan dungu masih tetap mempertahankan bahawa sekolah Harapan idea hebat dan berkeras dengan mengatakan Melaka memang dah capai negeri maju.

Alhamdulillah ketika Ali Rustam berkata bersedia berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat, tup-tup Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abd Ghani abd. Rahman menghantar surat rasmi menyambut kata-kata Ali Rustam untuk berdebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Jadinya pelawaan telah bersambut cuma kita lihat jadi tak jadi debat tersebut.
Ramai dah menjangka debat tersebut akan digagalkan dengan nasihat dari PM supaya jangan berdebat kerana buang masa.

No comments: