Presiden Mesir umumkan dalam satu liputan TV akan berundur diri dalam masa 8 bulan dari sekarang. Satu Pilihan raya akan diadakan bagi mencari penggantinya.
Liat betul Mubarak nie dan degil kepala batu juga orang tua ini almaklumlah dah 82 tahun umurnya dan kebetulan seangkatan dengan mantan PM Malaysia iaitu Tun Mahathir.
Elok benor Tun Mahathir kalau boleh kita jumpakan mereka berdua boleh juga Tun Mahathir ayat sikit Presiden mubarak tu agar letak jawatan segera. Mungkin Tun M akan kata pada Mubarak, 'elok kamu ikut cara aku, letak jawatan sebelum rakyat marah dan meluat'. Tengok ! selamat aku(Tun Mahathir) , mereka sanjung aku, beri pujian melangit dan tak cukup itu mereka beri anugerah dan gelaran menimbun kepada aku siap ada Yayasan dan pejabat untuk aku. Wahai Mubarak, contohilah aku.
Tengok bagaimana Presiden Amerika pun mengajak Mubarak mengaku kalah dan melakukan perubahan dengan kadar serta merta, biarkan rakyat menentukannya sekarang. Obama juga dilihat cuba menyatakan bahawa Amerika tidak akan cuba mempengaruhi perlantikan ketua negara baru.
Rakyat pula terang-terang tak puas hati dengan janji Mubarak. Itu tak cukup kata mereka. Dia perlu pergi segera. Kami akan terus membuat bantahan, demo akan berterusan sehinggalah dia berambus.
Kenyataan Mubarak terlalu mudah dan tidak dapat dipertimbangkan. Bagaimana pilihan raya akan di adakan, adakah parti yang diharamkan akan dibenarkan bertanding dan bagimana maklumat terperinci peralihan kuasa tidak lansung dinyatakan. Rakyat Mesir tidak sebodoh itu untuk mempercayai Mubarak.
3 comments:
Tok sah bising pada kaum yang tamadunnya bermula 3000 tahun dahulu...bising kat nik aziz, tak reti2 nak turun ?
LU LAGI BANGANG BHAI!!
assalamualaikum
Jikalau tuan guru NIk Aziz ada sifat-sifat,kehendak-kehendak,mahu-mahu.ikut-ikut dan sebulu macam Hosni Mubarak yang bakal cabut lari dan dihemtam oleh rakyatnya,YA YA YA kita boleh lakukan macam rakyat Mesir itu.Jika tidak ada, tiada sebab kita menyuruhnya meletak jawatan kecuali orang dengki yang tidak suka kepada nya.Salam hormat untuk TUAN GURU NIK AZIZ.
Post a Comment