Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 2, 2011

JANGAN TUDUH MENTERI LUAR MALAYSIA LEMBAB?

Kita bukan mahu menuding jari kepada Menteri luar atas kelewatan reaksi penghantaran bantuan dan penyelamat ke Mesir cuma faktanya memang timbalannya sekali dan pegawai di sana lembab memproses maklumat dan lambat membuat laporan konkrit.

Ketegangan dah lama berlaku di Mesir ekoran sebelum itu berlaku juga di negara Turki yang kita dapat tahu Ben Ali jatuh tidak sampai sebulan. Mesir masih berterusan dengan pergolakan dalamannya dari kebangkitan kemarahan rakyatnya terhadap Presidennya.

Tindakan Malaysia nampaknya terlalu lembab mengesan kesan pergolakan kepada rakyat dan pelajar Malaysia yang akhirnya kerajaan Malaysia hanya buat keputusan pada Selasa malam untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari republik itu menerusi jalan laut dan udara. Bayangkan kapal yang akan dihantar hanya sampai pada 5 Februari. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail."Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya. Keadaan di Mesir tegang berikutan lebih 2 juta rakyat negara itu keluar ke jalan raya mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

1 comment:

CUCU PEJUANG said...

INDONESIA LEBIH AWAL KELUAR STATEMENT BAWA RAKYATNYA PULANG MELALUI PESAWAT KHAS.KENAPA M'SIA LEMBAP???KESELAMATAN RAKYAT SENDIRI DIPANDANG ENTENG....