Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, February 2, 2011
LEBIH 11 RIBU PELAJAR MALAYSIA DI MESIR , DAPAT HUBUNGI 7 RIBU
Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut. Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.
Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana. Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment