Bila tukar Menteri Pelajaran ada saja cara nak buat projek. Dah ada sistem pepepriksaan yang dah mantap di cari idea nak ubah dan tukar. Kalau tak melbatkan kos tak aper lah ini pula buat projek, projek tersilap cetak pastu kerajaan tanggung kerugian RM4,000,000 untuk membetulkannya. Menteri terlibat dan pegawai-pegawainya tak malu ke? Pastu tiada tindakan tata tertib atau tindakan disiplin ke ke kerana meibatkan kerugian?
Kerajaan bazirkan RM 4 Juta kerana kecuaian
Kerajaan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM 4 Juta apabila terpaksa menarik balik kira-kira 400,000 naskah buku teks KSSR Bahasa Inggeris Sekolah Rendah berharga RM 8.20 setiap satu, yang mengandungi pelbagai kesilapan percetakan bagi menukarkannya dengan naskah yang baru [Berita Harian].
Muhyiddin sebagai menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta itu. Kerajaan menggesa rakyat agar mengubah cara hidup, berjimat cermat di dalam menangani kenaikkan harga barang dan penyusutan simpanan wang negara. Dalam masa yang sama kerajaan membazirkan RM 4 Juta kerana kesilapan yang dilihat tidak wajar.
Siapakah yang bertanggung jawab mencetak buku-buku ini? Adakah semudah itu kesilapan ini terjadi? Adakah tiada sebarang pemantauan yang rapi sebelum buku ini diluluskan untuk tujuan percetakan?
Kalau dilihat, kesilapan ini merupakan kecuaian yang serius. Kalau sekadar kesilapan kecil, tidak mungkin kerajaan perlu menarik balik kesemua buku-buku yang telah diedarkan. Bagaimana pihak yang bertanggung jawab untuk meluluskan percetakan buku-buku ini boleh meluluskannya? Satu persatu buku-buku dicetak dari satu peringkat ke satu peringkat, tiada seorang pun menyedari kesilapannya.
Mungkin RM 4 Juta sekadar jumlah yang kecil bagi kerajaan, maka tiada tindakan yang perlu diambil, lagipun RM 4 Juta itu bukannya duit Menteri Pelajaran, bukan duit Perdana Menteri, tetapi duit kerajaan. Pemimpin-pemimpin atasan tak rugi satu sen pun kerana duit kerajaan masih banyak lagi.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam kunjung
sangat bagus post di sini
Post a Comment