Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 19, 2011

HAK RAKYAT MAHU PRK DINAFI, SIAPA KATA KEMENANGAN RAKYAT ?

Mahkamah: Badrul Hisham 'kekal' Adun Pelabuhan Klang
February 18, 2011
SHAH ALAM, 18 Feb — Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang tidak kosong dan Badrul Hisham Abdullah masih kekal sebagai wakil rakyatnya.

Peguam Badrul Hisham, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berhujah bahawa Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim telah silap apabila mengambil kira tempoh enam bulan bermula dari Julai sedangkan tiada sidang ketika itu.

Firoz Hussein berkata, Teng seharusnya mengambil kira tempoh enam bulan bermula 8 November lalu, yang merupakan sidang kali pertama Badrul Hisham tidak hadir.

Badrul Hisham (gambar) pula berkata, keputusan hari ini adalah tepat memandangkan pengundi kawasannya mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada mereka.

“Kemenangan saya adalah kemenangan buat rakyat Pelabuhan Klang,” kata beliau kepada pemberita.

Pada 24 Januari lalu, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa beliau masih lagi Adun Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Badrul Hisham juga memohon deklarasi bahawa tiada kekosongan untuk kerusi Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham, 50, menamakan Teng sebagai defendan pertama dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan kedua.

Perintah-perintah deklarasi yang lain yang dipohon oleh plaintif termasuk pengisytiharan bahawa keputusan defendan pertama yang mengisytiharkan kerusi tersebut telah kosong adalah ultra vires Artikel LXIX Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan adalah batal dan tidak sah.

Beliau memohon ganti rugi teladan dan punif dan kos permohonan beliau ditanggung oleh defendan pertama.

Teng, pada 19 Januari lepas, mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong dengan alasan wakil rakyat itu gagal menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah, berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.

Dalam alasan permohonannya, Badrul Hisham menyatakan bahawa beliau telah hadir persidangan Dewan Undangan Negeri pada 12 dan 15 Julai 2010 dan hanya tidak hadir penggal ketiga persidangan antara 8 dan 16 November kerana mendapatkan rawatan perubatan tradisional akibat masalah kesihatan.

Beliau menjelaskan tiada persidangan antara 15 Julai hingga 8 November dan defendan pertama seharusnya mengambil kira tempoh ketidakhadiran enam bulan perlulah bermula 8 November seperti yang dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri dan bukan sebaliknya.

Badrul Hisham menegaskan hanya defendan kedua sahaja mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan sama ada terdapat kekosongan kerusi di bawah Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958.

Badrul Hisham memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008 sebelum keluar parti pada 29 Okt, 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang. Beliau menyertai Umno Mei tahun lepas.
lepas ni speaker parlimen pun boleh dicabar mahkamah.

2 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum


Kemenangan yang diisytihar di mahkamah adalah kemenangan peribadi tetapi kalah dan menyerah diri kepada parti(BN) yang ditolak oleh para pengundi dengan penuh semangat dan seriously dalam pilihan raya yang lalu.

thatguy said...

kalau brani bertanding la lagi dlm PRU 13. Nanti tengok sapa menang? heheheh