Isk .. isk .. macam mane ayo mani Saiful boleh ade dalam jubonya sendighi?
Apabila saya mengikuti kes perbicaraan Fitnah 2 terhadap DSAI sehari dua ini saya benar-benar rasa lucu dan mengelikan hati. Kenyataan balas oleh Dr. Khairul Nizam bahawa Saifool ‘melawan’ apabila dipaksa melakukan oral seks dan diliwat memberikan satu kekeliruan kepada sesiapa yang mengikutinya .
Kes pembicaraan tersebut ialah di bawah Seksyen 377B iaitu melakukan secara sukarela tanpa paksaan. Tapi saifool diberitahu oleh Dr. Khairul Nizam yang Saifool MELAWAN ! Saya agak geli hati apa bila membaca komen teman-teman FB saya yang menjadi bahan ketawa apabila membayangkan Saifool dalam keadaan MARAH dan MELAWAN tapi ‘menonggeng’ untuk diliwat oleh seorang tua berumur 63 tahun ! Macamana tu ? Bagaimana rupa Saifool yang ‘melawan’ tapi dipaksa juga buat oral seks dan diliwat .. ? Saya gelak besar bila salah seorang kawan FB saya Ymtuan tuan menjawab ..“macam itik serati..”
Saya merasa amat kasihan pada seorang pakar perubatan yang telah diperbodohkan oleh seorang yang bernama Saifool . Kasihan..
Saifool sebelum ini dengan tegas memberitahu yang dia sanggup tidak mandi 2 hari dan tidak berak 3 hari kerana tidak mahu kehilangan bukti . Hebat perancangan si saifool dan tukang rancang ini . Tiba-tiba dalam mahkamah Dr. Khairul Nizam memberitahu yang beliau tidak dapat ambil DNA pada badan Saifool kerana Saifool telah membersihkan diri !
Timbul pula tentang laporan pro-forma iatu doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral." Tidak perkataan “diliwat” dan “dipaksa oral seks” !
Karpal Singh berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi . Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatan Saifool dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas iaitu Dr Siew Sheue Feng . Ini membuktikan kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saifool beritahu kepada doktor.Bercanggah dengan kenyataan Dr. Khairul Nizam yang Saifool mendakwa diliwat dan dipaksa oral seks . Laporan bertulis tersebut menyatakan “cubaan diliwat” dan “cubaan oral seks” . Cobaaan !
Dalam perbicaraan semalam (17 Februari 2011 ) sekali lagi menimbulkan kemusykilan apabila Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.memberitahu mahkamah bahawa DNA telah dijumpai pada kawasan peri anal atau di bahagian luar dubur Saifool dan dijumpai 3 DNA iaitu , DNA Saifool , lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki .
Macamana DNA Saifool sendiri ada di peri anal nya ? Itu yang saya musykil .. Takkan beliau meliwat duburnya sendiri ? panjang benar ‘anu’ si Saifool ini sehingga ada air maninya di dubur sendiri? Ini sudah kira luar biasa ! Ini sudah kira ajaib ! Menakjubkan ! Hebat ! Wow !
Lagi musykil bagaimana Saifool dalam keadaan marah dan melawan boleh ghairah dan pancutkan air mani ? Bertambah musykil apabila bersama DNA Saifool terdapat dua lagi DNA yang disebut “lelaki Y” dan “seorang lelaki penyumbang lelaki” yang dijumpai di peri anal Saifool oleh Dr. Seah . ‘Lelaki Y’ saya sudah faham DNA siapa yang cuba dikaitkan tetapi , “ seorang lelaki penyumbang lelaki” yang disebut oleh Dr. Seah , siapakah “lelaki misteri itu” ?????
Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia itu juga sewaktu perbicaraan menyatakan , “…. tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.
Termasuk terdapat kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan. Dr. Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.
Saya tidak faham , dia orang ni ‘main’ pakai seluar dan seluar dalam ke ?
Kalau dalam kes 98 , Azizan Abu Bakar tidak dibawa langsung berjumpa doktor . Tidak ada laporan doktor langsung digunakan dalam perbicaraan tersebut . Ini lagi teruk . Lagi tidak masuk akal . Namun DSAI tetap didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 9 tahun oleh mahkamah .
Tapi kali ini nampaknya taktik tersebut ditukar agar dilihat benar-benar berlaku apabila Saifool pergi sendiri ke Hospital Pusrawi dan selepas membuat laporan polis dibawa pula untuk pemeriksaan oleh 4 orang doktor pakar di HKL .
Laporan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi mendapati tiada tanda sebarang koyakkan , pendarahan atau penanahan pada lubang dubur Saifool . Malah apabila di bawa ke HKL dan diperiksa oleh 4 orang pakar mengesahkan tiada sebarang penetrasi atau tusukkan pada lubang dubur Saifool . Lalu di gunakan isu DNA . maka keluarlah bahan pelincir‘KY jelly’. Sebab itu tidak koyak tetapi terdapat DNA . Usaha untuk memadamkan isu koyakkan , kerana kesemua doktor termasuk 4 pakar HKL telah sahkan tiada koyakkan pada lubang dubur Saifool .
Sekarang bukan ada 1 DNA sahaja , tetapi terdapat 3 DNA termasuk kepunyaan Saifool sendiri dan ‘lelaki mistri’ . Bukan sahaja terdapat di bahagian luar dubur Saifool tetapi termasuk di seluar hitam dan seluar dalam . Jenis liwat apa ni ?
Perbicaraan kali ini benar-benar tidak masuk akal , mengarut , dangkal dan tidak logik . Benar-benar memalukan negara . Kerana kes ini mendapat liputan antarabangsa . Sudah pasti dilihat mahkamah Malaysia seperti ‘Mahkamah Kangaroo’ . Orang yang tidak ada otak sahaja yang melihat perbicaraan tersebut masih relevan .
Kes ini seharusnya dibuang daripada awal lagi dan tidak berasas langsung . Konspirasi ini adalah semata-mata bermotifkan politik bagi tujuan mengaib dan menjatuhkan kredibiliti DSAI .
Mungkinkah sumpah laknat yang dibuat oleh Saifool sedang melaknat beliau?
Sumber : http://farizmusa.blogspot.com/
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment