PEGAWAI SPRM menunjukkan sijil nikah palsu yang didalangi kakitangan JAKIM, di Putrajaya, semalam.
Bayangkan sudah 500 orang terlibat termasuk Tan Sri dan artis guna sindiket nikah palsu.
SPRM tahan 4 orang termasuk pegawai JAKIM
KUALA LUMPUR: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu. Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.
Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket terbabit, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamualaikum
Intipati pada poligami ialah keadilan dan keredaan allah.Menggunakan sijil palsu dan penipuan serta ketakutan bukanlah faktor-faktor kearah keadilan yang merupakan landasan atau asas untuk berpoligami.
Post a Comment