Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, January 12, 2011
SURAU PLUS MEMANG KLAS, TAPI IBADAT TAK PLUS PLUS
Untuk ingatan diri teman dan yang lain, Adakah kita malu atau tak tahu untuk solat jemaah atau sekurang-kurangnya masbuk (jadi makmum ikut orang yg sedang solat)
Tulisan yang padat dan sedap dibaca.
Hadiah RM27 Juta
Semalam singgah kat R&R Jejantas Sg Buloh on the way ke Shah Alam kerana ada jemputan makan malam bersama sahabat saya Bakar sekeluarga.Alhamdulillah surau yang disediakan pihak PLUS di R&R ini sungguh luas, bersih dan selesa.
Di kala solat maghrib itu saya perhatikan tidak kurang dari 30 pengunjung sedang menunaikan ibadah solat fardu itu. Kesedaran umat Islam dalam menjalankan rukun Islam yang kedua itu patut disyukuri. Banyak peningkatan yang dapat di lihat kalau hendak dibandingkan dengan masyarakat pada zaman 60an sebagaimana yang selalu di dedahkan dalam filem2 evergreen P.Ramlee.
Mungkin dari satu segi betul pemerhatian itu. Tapi mungkin dari sudut yang lain generasi kini mungkin lagi teruk. Apa pun kita doakan semoga kebangkitan umat Islam menghayati agama mereka akan berterusan hingga ke akhir zaman.
Ada satu persoalan yang agak mengganggu minda saya bukan semalam saja malah sudah agak lama juga. Surau besar di R&R itu di penuhi puluhan orang. Tapi kebanyakannya solat bersendirian. Keadaan yang sama juga sering saya lihat di surau2 kat pusat2 membeli belah. Apakah manusia sudah lupa akan janji Allah perihal kelebihan solat secara berjemaah?
Betapa penting dan besar kedudukan solat fardhu lima waktu secara berjemaah di sisi Islam, sehinggakan ianya diberi kelebihan pahala dua puluh tujuh kali ganda bagi orang yang bersolat secara berjemaah daripada bersolat bersendirian, sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra bermaksud: “solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala”
Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah dimana sahaja kita berada, sama ada di pejabat, di pasaraya, di sekolah, taman rekreasi dan yang paling utama solat berjemaah ini dilakukan di masjid.
Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam serta cahaya keimanan mereka. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat secara berjemaah. Diantara perbezaan seorang muslim yang sejati dan munafik adalah pada solat mereka. Saya petik dari blog perihal solat untuk dikongsikan di sini.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).
Apabila saya melihat umat Islam yang ramai di surau, namun masing2 solat bersendirian maka tidak nampak ada kesatuan di situ. Tidak nampak ada kekuatan saf yang utuh, tidak nampak ukhwah umat bersatu mengikut imam dan ketua. Yang saya nampak kepentingan diri, haru biru, tidak ada kesamaan, tidak ada kekuatan. Masing2 dengan gaya dan pendirian masing2 walaupun mengadap Pencipta yang sama.
Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan kita orang Islam memandang remeh hal solat berjamaah serta beranggapan ianya tidak penting ? Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT, sebagaimana firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya: dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.
Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam ayat di atas, ialah suruhan supaya solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah.
Dalam ayat lain menjelaskan bertapa dituntutnya solat berjemaah sekalipun pada masa peperangan kita dituntut melaksanakannya. Perkara ini boleh dilihat dalam surah an-Nisaa ayat 102 Firman Nya :
Maksudnya: dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.
Maksud dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tuntutan dan cara melakukan solat fardhu berjamaah pada masa peperangan. Jika solat fardhu dalam masa peperangan dituntut supaya dilakukan secara berjamaah, maka tuntutan solat fardhu supaya dilakukan secara berjamaah dalam suasana aman damai adalah lebih dituntut dan diutamakan.
Justru apabila kita sudah menyedari hakikat tuntutan solat berjemaah maka marilah kita sama2 berazam untuk tidak lagi menunaikan secara solo, tetapi akan mendirikan solat secara berjemaah walau di mana pun kita samada di ofis, di rumah, atau di perjalanan.
Dalam mengejar harta dunia kita sentiasa berkira berapa keuntungan yang akan peroleh. Kita sentiasa memilih sebuah perniagaan atau pelaburan yang memberikan pulangan berlipat kali ganda. Sekiranya kita berniaga nasi lemak bermodalkan RM100 setiap pagi dan mendapat pulangan 300% iaiatu keuntungan RM300 contohnya, maka kita rasa amat teruja dan rasa berbaloi untuk meneruskan usaha bisnes kita itu. Kita mencongak-congak kalau nett profit RM300 sehari maka sebulan 30xRM300 akan berjumlah RM9,000, mengalahkan gaji Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan atau Pengurus Besar sebuah syarikat swasta. Hebat bukan?
Sekiranya kita melabur dalam Bursa KL membeli satu lot syer dengan harga RM1,000 dan setelah menunggu sekian hari harganya melonjak menjadi RM27,000 maka sudah tentu kita rasa sangat beruntung pada pelaburan kita tadi. Betul tak?
Sekiranya ada seorang penderma ingin menderma kepada peminta derma. Antara RM1 dengan RM27 rasanya jumlah manakah yang dia inginkan kalau diberi pilihan. Seorang jutawan yang ingin menderma kepada sebuah institusi anak yatim bertanya kepada wazir institut tersebut, "Saya beri pilihan pada tuan memilih jumlah RM1 juta atau RM27 juta untuk saya berikan pada institusi anak2 yatim ini". Agak2nya apa pilihan wazir ini?
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ibaratnya selesai selesai solat fardhu secara bersendirian akan muncul seorang dermawan menghadiahkan kita RM100. Sekiranya kita solat fardhu secara berjemaah, dermawan tadi akan menghadiahkan kita RM2,700. Maka secara rasional dan akal waras kita tanyalah dengan ikhlas sejauh mana tahap kecerdikan dan pertimbangan kita dalam urusan ibadah ini?
Marilah mulai hari ini, kita penuhi surau2 di R&R PLUS dan Shopping2 Complex itu dengan saf-saf lurus di belakang imam untuk menunaikan solat fardhu kita, insyaAllah. Marilah kita solat berjemaah di musolla kat ofis kita itu. Kalau di rumah kita ajak anak2 dan isteri kita untuk solat di belakang kita. Dan yang lebih afdal pada setiap kesempatan kita solat berjemaah di masjid dan surau, insyaAllah.
Ganjaran hadiah RM1 juta atau RM27 juta??
Kita sekadar beribadah seikhlas hati dan Allah lah penderma dan pemberi ganjaran itu, insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment