Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 12, 2011

1,000 PENDUDUK BANJIR, PEMIMPIN 'BULAN MADU" KAT KL ? JANGAN MARE AAA!


1,000 penduduk dipindahkan akibat banjir di Sarawak

KUCHING: Lebih 1,000 orang daripada 250 keluarga di sini dipindahkan ke lima pusat pemindahan hari ini beberapa kawasan di sini dan di Bau selepas dilanda banjir akibat hujan sejak malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Negeri berkata, lima pusat pemindahan yang dibuka ialah Dewan Sinar Budi, Dewan Stapok, Balai Raya Taman Desa Wira, kawasan tanah tinggi di Kampung Batu Kitang dan Kampung Tengah Sungai.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan berkata, taburan hujan yang luar biasa menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kuching dan Bau ditenggelami air sehingga satu meter.

"Biasanya pada Januari, Bahagian Kuching menerima taburan hujan antara 600 hingga 700mm tetapi semalam, dalam tempoh sembilan jam sahaja, taburan hujan mencecah 300mm. Keadaan ini dianggap tidak normal.

"Sekiranya hujan berterusan pada malam ini, ia akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri meninjau keadaan paras air Sungai Sarawak di Loji Rawatan Air Batu Kitang di sini.

Setakat ini, beliau berkata tiada sekolah ditutup berikutan banjir yang melanda Kuching.
Beliau berkata, hujan "peringkat kuning" iaitu hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari semasa ke semasa dijangka berterusan bagi tempoh beberapa hari akan datang dan ia mungkin memburukkan keadaan.

"Kita bimbang banjir yang lebih buruk akan berlaku pada minggu depan, iaitu dari 20 hingga 24 Jan, jika berlaku fenomena air pasang besar. Jika hujan lebat berterusan dan diikuti dengan fenomena air pasang besar, banjir akan berlaku," katanya.

Chan menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisko banjir mengambil langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negeri juga mengarahkan semua bilik gerakan banjir serta pusat pemindahan banjir diaktifkan dan bersedia sepenuhnya dan jabatan serta agensi menyelamat melakukan persediaan logistik.

Orang ramai diminta menghubungi Bilik Gerakan Negeri di talian 082-443991 dan 082-492148 sekiranya berlaku banjir di kawasan masing-masing. - BERNAMA

1 comment:

Unknown said...

Saya cukup anti pemimpin yang xpeduli masaalah rakyat macam ni.biar dari parti apa sekalipun pemimpin yang hanya pentingkan diri dan kroni saja tanpa ambil berat masaalah rakyat pemimpin macamni boleh dikategorikan sebagai "makan gaji buta"