Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner
Showing posts with label ihsan SOT. Show all posts
Showing posts with label ihsan SOT. Show all posts

Monday, October 31, 2011

RIBUAN PEMUDA SERTAI IJTIMAK TARBAWI 2011


Ribuan Pemuda Menyertai Ijtimak Tarbawi 2011
di KUIZM Taman Melewar 28 - 30 Okt 2011

Pada hari pertama Ijtimak Tarbawi ini TGNA dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS menekankan soal mati, latih mati, supaya kalau mati, puas hati.

Bukan persoalan pembangunan dunia yang tidak kehabisan hingga membelakangkan terus soal mati. Tidak ingat nak mati. Lupa mati itu pasti,

bahawa segala perlakuan di muka dunia bakal dihitung ditimbang amal baik dan amal buruknya. Di sana hanya ada dua kesudahan samada Neraka atau Syurga.

Tasauf itu ialah membersihkan jiwa. Kita diajak mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah Rasulullah bukan sekadar berjanggut, berserban, berjubah, berkain paras betis dan bersugi, tetapi memerintah negara juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak mahu menjadi ahli cerdik pandai tetapi menyalah gunakan cerdik pandai kita untuk melakukan kemungkaran.

Abu Jahal juga seorang cerdik pandai hingga di gelar Abu Hakam (cerdik) pada zamannya.

Semua benda dibuat berpasangan melainkan Allah sahaja yang tiada pasangan,Allah itu Esa. Hati yang bersih ialah bersih dari dosa, dapat mengenal dosa pahala, Syurga dan Neraka. Segala gangguan musuh dapat di patahkan dengan penglihatan Qalbu yang bersih, insyaAllah.

Nik Abduh pula menyentuh tafsir surah as-Saff yang membicarakan kepentingan agama yang membina manusia, setiap manusia pula perlu bermasyarakat, dan agama membantu kita menyintai manusia dalam masyarakat dan menjadikannya sebagai instrumen untuk membina sahsiah ummah. Ijtimak Tarbawi mengajak para pemuda untuk berkumpul supaya mendapat kesedaran dengan tarbiyah dan pengisian ilmu dan iman. Barisan pemuda akan menjadi tunjang barisan kepimpinan suatu masa nanti. Memenangi pilihanraya akan

datang adalah dengan pertolongan Allah yang mesti didahulukan dengan kerja yang sungguh2, sistematik dan berstrategi.

Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda menegaskan bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam. Ibarat sebuah perniagaan yang memerlukan modal iaitu modal tetap dan modal pusingan. Tanpanya tidak mungkin kita akan berjaya menguruskan sebuah perniagaan yang berjaya.

Begitu juga dengan perjuangan Islam ini. Kita perlukan modal. Modalnya ialah ilmu dan keperibadian. Ilmu adalah modal tetap. Setiap kita mesti melengkapkan diri dengan ilmu di dada untuk berdepan dengan masyarakat dan segala cabaran dan rintangan. Keperibadian pula ialah merupakan modal pusingan, sebagai pemikat pelanggan, yang menjadi jejantas yang menghubungkan kita dengan masyarakat. Maka sudah semestinya setiap pemuda dan murabbi sekelian mestilah mendalami urusan agama supaya dapat menghidangkan pekej bersepadu yang laku dan menarik di tengah masyarakat.

Pemuda bukan politikus yang objektifnya memenangi pilihanraya semata-mata, tetapi berperanan lebih dari itu. Kita mahu pemuda mempunyai pakej 3 dlm satu iaitu sebagai orang yang implemen politik, tarbiyah dan dakwah.

Abdullah Ibnu Mubarak pernah menegur seorang ulamak yg asyik beribadah di dalam masjid supaya keluar di luar sana untuk berjihad di tengah2 masyarakat untuk melahirkan umat yang gemilang di sisi Allah.Setakat bertafakur di atas sejadah tidak akan mengubah masyarakat kepada kebaikan.Kejayaan tidak akan datang bergolek melainkan dengan usaha keras.

Perasmian Ijtimak Tarbawi 2011 di sempurnakan oleh YB Salahuddin Ayub merangkap Naib Presiden dan bekas Ketua Dewan Pemuda. Beliau menyeru supaya pemuda berjuang dengan cara masing2. Orang kaya berjuang dengan cara orang kaya, orang cacat berjuang dengan cara orang cacat, dan orang sakit berjuang dengan cara orang sakit. Kita kena berjuang pada susah dan senang. Kejayaan tidak akan datang bergolek.

Ada sebuah kisah seorang sahabat yang cacat kudung kedua belah kaki dan kudung kedua belah tangan, apabila mendengar seruan jihad dan keutamaann fisabilillah, beliau tidak mahu ketinggalan. Maka beliau pun mengambil upah mengangkut air untuk satu keluarga. Cuba bayangkan kepayahan beliau menjalankan pekerjaan itu. Maka diakhirnya beliau mendapat upah 3 biji tamar. Sebiji tamar dia memakannya untuk memberi tenaga, sebiji lagi diberi kepada ahli keluarganya, dan sebiji lagi di berikan kepada Rasulullah sebagai sumbangannya untuk fisibilillah. Dia berkata, "Ya Rasulullah, inilah sahaja sumbangan yang mampu aku berikan." Rasulullah sangat terharu dan bersabda, "Inilah jihad yang paling afdal pada hari ini."

Ada lagi satu kisah di sebuah kampung pendalaman. Apabila YB melawat rumah seorang Pakcik yang dhaif, tapi masih diraikan dengan hidangan makan malam. Naik saja tangga rumahnya dapat dilihat dinding dapur. Kelihatan di anjung depan tersidai 3 keping getah dan di anjung dapur tersidai 3 keping getah. YB bertanya perihal keadaan itu. Maka Pakcik itu menjawab hasil jualan 3 keping getah di hadapan ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga, manakala 3 keping yg di belakang itu akan
disumbangkan kepada perjuangan parti. Inilah antara contoh wira2 pejuang 'the unsung hero' yang berjuang tanpa mengharapkan pangkat dan nama tetapi hanya mahu melihat Islam tertegak.

Kita jangan complacent dengan zon selesa. Ambillah iktibar dari syarikat gergasi Honda, Mitsubishi dan Toyota yang suatu masa dulu tidak terlintas ada syarikat2 kereta lain yang boleh mengatasi mereka. Namun dengan kehadiran syarikat2 dari Korea seperti KIA dan Hyundai berjaya menggugat kedudukan mereka. Justru mereka memperuntukkan budget yang besar untuk bidang R&D dan inivosi supaya mereka boleh terus bersaing dalam industri ini.

Berlainan pula dengan Syarikat komunikasi gergasi Nokia yang begitu gah suatu masa dulu tidak mahu menerima nasihat pakar ekonomi industri untuk bergabung denga Android Google, kononnya Nokia ada kekuatan tersendiri.

Tapi akhirnya perkongsian pintar oleh Apple dan Samsung dengan Android Google ini telah menghasilkan satu inovasi yang menjadi hit dan berjaya memintas Nokia. Itulah akibatnya kerana gagal membaca kehendak anak2 muda yang inginkan fungsi pelbagai pada handphone mereka iaitu kemudahan voice, application, game, sms, mms, dan email.

Sesiapa yang lalai dan merasakan diri mereka gagah dan kuat akan ketinggalan akhirnya. Inovasi dalam gerakkerja, penyampaian ilmu dan strategi sangat penting untuk memenangi hati rakyat. Seorang panglima yang handal memiliki 10 bilah pedang akhirnya mati juga dibaham singa, kerana apa? Kerana dia tidak menggunakan walau sebilah pun pedangnya. Begitulah walau secerdik mana pun kita atau berilmu setinggi mana pun, kalau gagal menggunakan kepandaian dan ilmu yang dimiliki itu, kita akan tetap kalah di hadapan musuh.

Pendekatan tasauf yang digunapakai oleh para ulama beberapa dekad dulu berjaya mengembangkan agama Islam di Nusantara ini menggantikan pengaruh Hindu dan Budha yang begitu berleluasa. Masyarakat melayu pada masa itu mengamalkan pelbagai mentera hindu. Ulama dengan pendekatan tasaufnya telah memperkenalkan zikrullah, selawat dan marhaban yang bersesuian dengan selera masyarakat pada masa itu. Usaha ini telah berjaya menggantikan amalan mentera hindu tadi. Inilah yang dimaksudkan dengan
inovasi dan pendekatan kontemporari tanpa menggadaikan maruah dan agama.

Mengikut kajian AC Nelson, anak2 muda kini sudah tidak mengikuti berita dalam TV atau arus media perdana. Mereka telah beralih kepada media internet. Maka kita mestilah berubah untuk menyediakan content yang sesuai dengan selera mereka ini. Presiden Barrack Obama memenangi kerusi Presiden dengan mendapat banyak bantuan dari kemudahan facebook, twitter, blog, sms dan mms. Gunakan ruang teknologi baru ini sepenuhnya untuk berinovasi.

Contohi negara Iran yang memberi ruang kepada orang2 seni berkarya hinggakan filem mereka seperti "Under The Moonlight" berjaya memenangi award di pesada antarabangsa. Amarah anak muda berjaya menumbangkan kerajaan di Mesir, Libya dan Tunisia. Kini merebak ke Yaman, Syria dan banyak lagi. Dengan pertolongan dan kehendak Allah insyaAllah Putrajaya akan diambil alih pada pilihanraya yang akan datang ini.

Filem pendek "Gua Ikut Enta" hasil karya DPPM Production yang begitu hot di You Tube mungkin merupakan langkah penting kepada penerokaan ini.

Wednesday, January 12, 2011

SURAU PLUS MEMANG KLAS, TAPI IBADAT TAK PLUS PLUS


Untuk ingatan diri teman dan yang lain, Adakah kita malu atau tak tahu untuk solat jemaah atau sekurang-kurangnya masbuk (jadi makmum ikut orang yg sedang solat)

Tulisan yang padat dan sedap dibaca.

Hadiah RM27 Juta

Semalam singgah kat R&R Jejantas Sg Buloh on the way ke Shah Alam kerana ada jemputan makan malam bersama sahabat saya Bakar sekeluarga.Alhamdulillah surau yang disediakan pihak PLUS di R&R ini sungguh luas, bersih dan selesa.

Di kala solat maghrib itu saya perhatikan tidak kurang dari 30 pengunjung sedang menunaikan ibadah solat fardu itu. Kesedaran umat Islam dalam menjalankan rukun Islam yang kedua itu patut disyukuri. Banyak peningkatan yang dapat di lihat kalau hendak dibandingkan dengan masyarakat pada zaman 60an sebagaimana yang selalu di dedahkan dalam filem2 evergreen P.Ramlee.

Mungkin dari satu segi betul pemerhatian itu. Tapi mungkin dari sudut yang lain generasi kini mungkin lagi teruk. Apa pun kita doakan semoga kebangkitan umat Islam menghayati agama mereka akan berterusan hingga ke akhir zaman.

Ada satu persoalan yang agak mengganggu minda saya bukan semalam saja malah sudah agak lama juga. Surau besar di R&R itu di penuhi puluhan orang. Tapi kebanyakannya solat bersendirian. Keadaan yang sama juga sering saya lihat di surau2 kat pusat2 membeli belah. Apakah manusia sudah lupa akan janji Allah perihal kelebihan solat secara berjemaah?

Betapa penting dan besar kedudukan solat fardhu lima waktu secara berjemaah di sisi Islam, sehinggakan ianya diberi kelebihan pahala dua puluh tujuh kali ganda bagi orang yang bersolat secara berjemaah daripada bersolat bersendirian, sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra bermaksud: “solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala”

Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah dimana sahaja kita berada, sama ada di pejabat, di pasaraya, di sekolah, taman rekreasi dan yang paling utama solat berjemaah ini dilakukan di masjid.

Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam serta cahaya keimanan mereka. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat secara berjemaah. Diantara perbezaan seorang muslim yang sejati dan munafik adalah pada solat mereka. Saya petik dari blog perihal solat untuk dikongsikan di sini.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).

Apabila saya melihat umat Islam yang ramai di surau, namun masing2 solat bersendirian maka tidak nampak ada kesatuan di situ. Tidak nampak ada kekuatan saf yang utuh, tidak nampak ukhwah umat bersatu mengikut imam dan ketua. Yang saya nampak kepentingan diri, haru biru, tidak ada kesamaan, tidak ada kekuatan. Masing2 dengan gaya dan pendirian masing2 walaupun mengadap Pencipta yang sama.

Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan kita orang Islam memandang remeh hal solat berjamaah serta beranggapan ianya tidak penting ? Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT, sebagaimana firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya: dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.

Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam ayat di atas, ialah suruhan supaya solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah.

Dalam ayat lain menjelaskan bertapa dituntutnya solat berjemaah sekalipun pada masa peperangan kita dituntut melaksanakannya. Perkara ini boleh dilihat dalam surah an-Nisaa ayat 102 Firman Nya :

Maksudnya: dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.
Maksud dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tuntutan dan cara melakukan solat fardhu berjamaah pada masa peperangan. Jika solat fardhu dalam masa peperangan dituntut supaya dilakukan secara berjamaah, maka tuntutan solat fardhu supaya dilakukan secara berjamaah dalam suasana aman damai adalah lebih dituntut dan diutamakan.
Justru apabila kita sudah menyedari hakikat tuntutan solat berjemaah maka marilah kita sama2 berazam untuk tidak lagi menunaikan secara solo, tetapi akan mendirikan solat secara berjemaah walau di mana pun kita samada di ofis, di rumah, atau di perjalanan.
Dalam mengejar harta dunia kita sentiasa berkira berapa keuntungan yang akan peroleh. Kita sentiasa memilih sebuah perniagaan atau pelaburan yang memberikan pulangan berlipat kali ganda. Sekiranya kita berniaga nasi lemak bermodalkan RM100 setiap pagi dan mendapat pulangan 300% iaiatu keuntungan RM300 contohnya, maka kita rasa amat teruja dan rasa berbaloi untuk meneruskan usaha bisnes kita itu. Kita mencongak-congak kalau nett profit RM300 sehari maka sebulan 30xRM300 akan berjumlah RM9,000, mengalahkan gaji Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan atau Pengurus Besar sebuah syarikat swasta. Hebat bukan?


Sekiranya kita melabur dalam Bursa KL membeli satu lot syer dengan harga RM1,000 dan setelah menunggu sekian hari harganya melonjak menjadi RM27,000 maka sudah tentu kita rasa sangat beruntung pada pelaburan kita tadi. Betul tak?


Sekiranya ada seorang penderma ingin menderma kepada peminta derma. Antara RM1 dengan RM27 rasanya jumlah manakah yang dia inginkan kalau diberi pilihan. Seorang jutawan yang ingin menderma kepada sebuah institusi anak yatim bertanya kepada wazir institut tersebut, "Saya beri pilihan pada tuan memilih jumlah RM1 juta atau RM27 juta untuk saya berikan pada institusi anak2 yatim ini". Agak2nya apa pilihan wazir ini?


Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ibaratnya selesai selesai solat fardhu secara bersendirian akan muncul seorang dermawan menghadiahkan kita RM100. Sekiranya kita solat fardhu secara berjemaah, dermawan tadi akan menghadiahkan kita RM2,700. Maka secara rasional dan akal waras kita tanyalah dengan ikhlas sejauh mana tahap kecerdikan dan pertimbangan kita dalam urusan ibadah ini?
Marilah mulai hari ini, kita penuhi surau2 di R&R PLUS dan Shopping2 Complex itu dengan saf-saf lurus di belakang imam untuk menunaikan solat fardhu kita, insyaAllah. Marilah kita solat berjemaah di musolla kat ofis kita itu. Kalau di rumah kita ajak anak2 dan isteri kita untuk solat di belakang kita. Dan yang lebih afdal pada setiap kesempatan kita solat berjemaah di masjid dan surau, insyaAllah.

Ganjaran hadiah RM1 juta atau RM27 juta??

Kita sekadar beribadah seikhlas hati dan Allah lah penderma dan pemberi ganjaran itu, insyaAllah.