Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 26, 2010

KES APAM , KENAPA TIADA PENEGUR


Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Penciptaan rekod perlu ada jawatankuasa menegur di Malaysia.Ada panduan bagi mencipta rekod yang mengarut,luchah ,menghina orang lain dan membazir dari adat dan Islam.
Rekod yang dicipt PTPL adalah sangat membazir dan kita tahu siapa nak makan apam yang dah terdedah dan dilangkah-langkah begitu?

KATAKANLAH (WAHAI MUHAMAD) : "AKU BERLINDUNG KEPADA TUHAN UNTUK SEKELIAN MANUSIA"

Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”

“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Quradhawi, http://qaradawi.net.
Berkhutbah Jumaat di Masjid Umar al-Khattab, Doha, beliau berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya saling menghormati tabiat kepelbagaian beragama dalam masyarakat.
"Perbezaan kepercayaan antara penganut satu-satu agama tidak seharusnya memisahkan (antara) masyarakat bukan Islam dan kami (umat Islam) di dunia ini, tetapi yang memisahkan (antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam adalah) Allah (pada) hari kiamat,” jelasnya lagi.
Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Cendekiawan Fiqh Islam Sedunia (Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami) turut mengutuk beberapa siri pengeboman rumah ibadat bagi penganut agama Kristian di Malaysia sebelum ini.
"Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia tidak tepat,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.
Pun begitu, penggunaan kalimah Allah atas tujuan mengelirukan umat Islam atau menghina kesucian mana-mana agama sama sekali tidak dibenarkan.
Manakala, kerajaan serta lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam pula sebelum ini dilaporkan membantah masyarakat bukan Islam menggunakan nama Allah.
nurut mereka yang terbabit, walaupun penganut agama Islam dan Kristian di negara-negara Arab telah lama menggunakan kalimah Allah, namun alasan tersebut tidak sesuai dalam konteks Malaysia.

ADALAH LEBIH BAIK YB ZUL SAMAN INDIVIDU/AGENSI/KUMPULAN YANG MENGHINA ALLAH BUKAN KHALID SAMAD AJA ..BARU BETOI !

Salam Sdr seIslam YB ZUL yang dihormati dan selalu beri kulih di Surau Kg. Melayu Sg. Sering dan Masjid Hulu Klang.Sdr YB Zul, harap tuan solat malam 3 malam berturut-turut dan beristiharah sebelum menulis artikel blog seperti ini.Sdr Yb juga sebelum berkata nak pertahankan laporan polis juga perlu buat solat istiharah sebelum melukai sdr seIslam.Teman pernah menegur YB dam ruangan komen bahawa YB ada kapasiti berjumpa YB Khalid di Parlimen atau boleh sms atau emel atau berhubungan secara terus melalui telefon bimbit namun harus YB pandang lekeh blogger seperti teman yang tak YB ni.Kenapa guna blog untuk menegur sdr seIslam yang boleh kamu berdepan selalu.Jangan sampai zaman jiran sama jiran ada blog nanti,nak menegur sapa atau bertanyapun guna blog walau sdr YB dengan jiran hanya sebelah rumah.
Sdr boleh guna orang ketiga yang dipilih atas ilmuugama Islamnya dan ada kepimpinan peribadi yang ok untuk jadi hakim mengendalikan kes anda berdua ini.

Bagaimana penyokong nak terima atau percaya malah rakyat Malaysia kalau sdr YB bercekau sesama sendiri kunun menegakkan perkataan Allah tetapi lupa maksiat penghinaan Allah yang terbukti seperti filem "Legion" yang sedang ditayangkan ini, seperti Tun Mahathir yang banyak kenyataan hina Allah dan Rasul, Bekas Polis Negara ,Dr Khir Toyo yang meroboh dan merampas rumah Allah dan Bekas MB Terengganu Idris Jusuh dalam kes meroboh Masjid Kg. Bujal dan banyak lagi kenapa YB Zul tak saman sekali baru adil.

Bersungguh pertahan kalimah Allah, filem menghina tuhan dibenar tayang
Dilulus untuk paparan oleh brucekk
Berita Oleh: infodppsa

"Jika anda menyaksikan rancangan the making of "legion" di NTV 7 tengahari semalam, salah seorang aktornya memberikan kesimpulan kisah filem tersebut iaitu "Tuhan" telah bosan dengan manusia dan ingin menghapuskan mereka dengan menghantar para malaikat dan dibantah oleh ketua malaikat yang cuba menyelamatkan manusia.

Filem yang ditayangkan di Malaysia ini membayangkan betapa hipokritnya pemimpin UMNO. Tatkala mereka bermati-matian mempertahankan kalimah Allah, menggerakkan seluruh balaci mereka untuk membincangkan kepentingan memelihara kalimah Allah malangnya mereka tidak mempunyai hasrat langsung untuk mempertahankan akidah umat Islam dengan membenarkan penayangan filem yang mempunyai unsur menghina Allah.
Sehingga kini kita masih belum mendengar hatta satu teguran dari NGO-NGO ataupun pemimpin keris berkarat tersebut berkaitan filem yang boleh merosakkan akidah umat Islam ini.
Filem yang diarahkan oleh Scott Stewart dan dibarisi pelakon seperti Paul Bettany, Dennis Quaid, Kate Walsh, Adrianne Palicki , Willa Holland, Lucas Black, Tyrese Gibson dan Charlie S. Dutton ini bakal memusnahkan akidah umat Islam telahpun bermula 21 Januari 2010 yang lalu.
Kita memantikan respon dari seluruh umat Islam, samada mereka wajar mempertahankan kalimah Allah atau mereka wajar mempertahankan ALLAH.

PASAL PLKN MENTERI KATA BELANJA LEBIH RM620 JUTA TAKPER



Bukan kecil anak belanjanya kerana untuk tahun ini saja belanja untuk menampung Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang melibatkan 120,000 orang remaja ialah RM620 juta.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr AbdulLatif Ahmad yang ditugaskan oleh kerajaan jaga PLKN tidak teragak-agak kata perbelanjaan itu memang berbaloi.
Dapat untung dari projek ni memang berbaloi.
Katanya ia harus dilihat dari sudut pentingnya pembinaan insan.” Kesan fisikal memang tidak nampak macam kita belanja untuk projek pembangunan…tapi pembangunan yang tidak nampak dari pandangan mata kasar ini amat penting untuk masa depan negara,”katanya.
Komen Teman : Kalau PLKN belanja besar takper kerana boleh membina pembangunan insan kenapa tidak diberi pendidikan percuma kanak-kanak darjah 1 hingga 4.
Seperti biasa bila bermulanya sesi pertama PLKN pada awal Januari baru ini,beliau sibuk ke hulu ke hilir bersama Ketua Pengarah PLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil melawat ke kem-kem PLKN di seluruh negara untuk beramah mesra dengan pelatih dan meninjau sendiri perjalanannya.
Siri pertama tahun ini seramai 30,903 peserta telah melapor diri.
Khamis dan Jumaat lalu beliau berada di Sibu,Sarawak untuk melawat Kem PLKN Bumimas dan Junaco dimana hampir 800 pelatih ditempatkan.
Dikalangan peserta di kedua-dua kem itu ada sebilangan mereka dari negeri-negeri di semenanjung.
Katanya hasil pembangunan insan tidak dapat dilihat dalam sehari dua.

Menurut beliau transformasi ini mengambil masa dan harus dilaksanakan berterusan.

“Tidak ada motif politik yang terselindung.Hajat kita semata-mata hendak membina warga belia yang mempunyai daya tahan tinggi dari segenap aspek,”ujarnya.

Ditanya mengenai bagaimana kerajaan dapat menentukan pencapaian dari siri latihan yang dikendalikan selama ini, Ketua Pengarah PLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menjelaskan PLKN kini dalam proses menjalankan kajian dikalangan sebilangan bekas pelatih.
Katanya hasil dari kajian berkenaan akan dirumuskan tidak lama lagi.
Apapun beliau menilai respon terhadap PLKN jelas meningkat berdasarkan jumlah permohonan secara sukarela tahun ini meningkat kepada 1,916 orang iaitu jumlah tertinggi sejak ia diperkenalkan pada 2004.

KADN ADALAH KEMENTERIAN PELIK ?

Apakejadahnye Kementerian Amaran Dalam Negeri?
Rombakan kabinet terus menjadi bahan mulut sebelum ini dah senyap kembali menggamatkan suasana di serambi kuasa di Putrajaya.
Selain-lain kabar angin kata beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang akan digugurkan kerana KPI yang rendah, turut diperkatakan adalah sebuah Kementeriaan baru akan dibentuk.
Ketika ditanya wartawan selepas di Majlis Perasmian Sekolah Was-wasan semalam, Timbalan Perdaan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menafikan atau mengesahkan desas desus itu.
Katanya, ia ada berbincang dengan Perdana Menteri tetapi ini semua terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri.
Menurut Muhyiddin, pembentukan dan pembubaran sesebuah Kementerian adalah suatu perkara biasa kerana keanggotaan dan struktur kabinet perlu berubah-ubah mengikut keperluan semasa.
Sumber memberitahu Kementeriaan Dalam Negeri (KDN) perlu dipecahkan balik menjadi dua. Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, KDN telah dipecahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) tetapi disatukan kembali selepas Pilihanraya Umum ke 12.
Menurut sumber, keperluan kini memerlukan Kementeriaan Amaran Dalam Negeri (KADN) khusus untuk mengeluarkan amaran-amaran kepada ahli politik pembangkang dari terus menyuarakan kata-kata dan kenyataan yang menyalahi undang-undang hasutan.
Masaalah kini timbul kerana ahli-ahli politik pembangkang tidak langsung mengambil endah amaran yang dikeluarkan dan masih terus mengeluarkan kata-kata menghasut. Manakala itu, tiada pula tindakan diambil.
Dipercayai fungsi memberi amaran dan mengambil tindakan perlu diasingkan untuk memelihara kewibawaan KDN.
Selain itu, peranan KADN adalah masuk campur dalam urusan polis hingga susah untuk menjaga keselamatan dalam negeri dan pengundi Cina, India, dan penganut Kristian ditatang bagai minyak yang penuh hingga naik kepala.
Desas desus mengatakan tiada pertambahan Menteri kerana Kementeriaan baru tersebut akan diketuai oleh Dato Hishamuddin Hussein Onn. Tiada nama yang disebut untuk mengisi jawatan Menteri Dalam Negeri tetapi dijangka akan dipegang oleh Perdana Menteri atai Timbalan perdana Menteri.
Mungkin belum rezeki untuk Khairy jadi Menteri. Banyak lagi jawatan harus diperuntukkan secara keutamaan untuk negeri talian hayat BN di Sabah dan Sarawak.

MOLEK DIPERIKSA SEMUANYA

Teman dan rakan seperjuangan di Bukit Sentosa 2 cadangkan dah terlanjur kes ini dah berlaku,elok dan moleklah semua pegawai dan kakitangan FRU diperiksa air kecing sekali.Selepas itu setiap selepas operasi ,yang terlibat perlu diperiksa air kencing lagi.

Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memiliki 0.12 gram dadah tahun lalu.
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan terhadap Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) selepas didapati bersalah memiliki 0.12 gram dadah tahun lalu.
Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasmadi Ismail, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Hasmadi disabitkan atas tuduhan memiliki satu peket plastik lutsinar mengandungi 0.12 gram methamphetamine di Lorong Haji Taib 2, pada 23 Februari tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Lelaki itu yang ditahan reman sejak ditangkap Februari tahun lalu diperintahkan menjalani hukuman tersebut yang bermula jumaat lalu.
Dalam rayuan Hasmadi yang diwakili peguam bela Haris Salleh, tertuduh mendakwa sudah berkahwin dan mempunyai enam orang anak berusia antara tiga bulan dan lapan tahun.
Menurutnya, kesemua anaknya kini berada di Kelantan dan dipelihara isterinya yang tidak bekerja.
Dia turut merayu dikenakan hukuman ringan memandangkan selama berkhidmat dengan FRU sejak tahun 2000, dia tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan tatatertib.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jamaliah Abdul Manap.

APA BEZA TURUN KE PADANG DENGAN TURUN KE BAWAH?

Dalam keadaan Umno sedang nazak di bawah pimpinan Dato Seri Najib Abdul Razak yang mengalami kelemahan kepercayaan rakyat, nampaknya Hishamuddin telah membuka lembaran baru kununnya mendahului yang lain untuk kempen turun ke bawah. Inilah pendekatan lama tapi diperbaharui semula sebab lama tak guna.Umno dalam rangka kerja yang mujur tak tinggal rangka untuk menawan kembali apa yang terlepas.
Jangan turun ke padang bola atau padang kawat sahaja wahai Menteri Dalam Negeri?
Turun padang tak mesting menghabiskan beratus ribu atau juta untuk berjumoa rakyat macam Pengerusi Perhubungan UMNO Malaysia dengar kata berhabis 2.7 juta untuk turun padang berjumpa rakyat.Patutnya jumpa rakyat di Hulu Selangor sahaja tapi jemput rakyat luar bagi meramaikannya.UMNO hanya perlu turun bawah jer .Tak perlu banyak guna duit.Turun bawah maknanya pemimpin turun ke bawah tak perlu prasarana kemah dan jamuan atau gerai.Cuma boleh terima kalau sediakan sumbangan individu,

JANGAN HINA ORANG DAH PERGI

CADANGAN MANTAP UNTUK SPR

Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang telah menunaikan janjinya dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang untuk mengkaji dan melaksanakan perlaksanaan undi pos dengan adil. Pengundian Pos mempunyai ruang manipulasi yang sangat nyata. Apabila kertas undi diserahkan kepada pihak kem tentera(unit semboyan), tiada agen calon bertanding yang mengawasinya termasuk SPR sendiri. Penyerahan boleh dilakukan 24 jam seluruh negara tampa kawalan. Bukti-bukti dan pengakuan-pengakuan yang PAS perolehi semasa pilihanraya Bagan Pinang membuktikan ruang manipulasi ini telah digunakan oleh pihak tertentu. Apakah rakyat boleh yakin kertas undi tidak hilang dalam kawalan tentera jika dua enjin F-5E Jet Pejuang pun boleh hilang dalam kawalan mereka ?
Walaubagaimanapun saya tetap menaruh harapan yang besar kepada SPR untuk membuat beberapa perubahan. Perubahan daripada undi pos kepada undi awal hendaklah dilakukan dengan penuh adil untuk parti-parti yang bertanding. Saya mencadangkan beberapa perkara kepada SPR iaitu :

1. Sistem penghantaran kertas undi secara pos hendaklah dihentikan. Setiap pengundi hendaklah menerima secara terus daripada SPR bukannya pihak ketiga seperti sebelum ini.

2. Pengundi awal boleh membuang undi ditempat yang ditetapkan dan hendaklah sepenuhnya di bawah kawalan SPR. SPR hendaklah memaklumkan tempat –tempat mengundi awal tersebut semasa hari penamaan calon. Ini bagi memudahkan agen-agen calon dapat membuat persediaan awal. Tempat pengundian di dalam Kem atau dipermis yang menyebabkan agen-agen calon bertugas menghadapai masalah hendaklah dielakkan.

3. Agen-agen calon untuk pengundian awal boleh berperanan sepenuhnya seperti agen-agen calon bagi pengundi awam. Bukannnya menjadi agen “patong” seperti di Pilihanraya Bagan Pinang.

4. Pengiraan kertas undi awal hendaklah dibuat di tempat mengundi pada hari mengundi bukannya ditempat penjumlahan. Hanya keputusan sahaja yang di bawa ditempat penjumlahan.

5. Borang 2 Undi Pos atau yang setara dengannya hendaklah dihapuskan. Borang 2 ini menyebabkan pengundi merasa curiga terhadap penyalahgunaanya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

6. Calon-calon bertanding atau wakilnya adalah berhak untuk mengadakan pertemuan dengan pengundi-pengundi awal ini atas tujuan berkempen. Masa yang selayaknya mestilah diberikan kepada wakil-wakil calon bertanding. Oleh itu masa berkempen hendaklah lebih lama lagi diperlukan. Bagi memudahkan urusan, SPR seharusnya menyediakan ruang untuk kempen ini diadakan.

7. Tempoh bertenang selama dua hari yang dicadangkan oleh SPR hendaklah diiringi dengan halangan berkempen melalui semua saluran media terutamanya media elektronik dan media baru(internet). Jika kempen dilarang dikawasan mengundi tetapi TV masih lagi mengadakan kempen-kempen maka ketidakadilan akan berlaku. Tindakan tegas kepada pengendali media perlu dibuat jika kempen pilihanraya masih diteruskan semasa tempoh bertenang ini sedang berjalan.

8. Kelayakkan menjadi pengundi awal hendaklah melalui tapisan yang ketat. Ini bermakna hanya mereka yang benar-benar bertugas pada masa mengundi sahaja yang dibenarkan menjadi pengundi awal. Mereka yang mahu menjadi pengundi awal hendaklah memohon kepada SPR dengan bukti-bukti yang mengesahkan mereka bertugas pada masa mengundi. Ini bermakna setiap kali pilihanraya kecil mahupun besar, setiap mereka yang mahu menjadi pengundi awal hendaklah membuat permohonan. Jika tidak mereka akan dianggap sebagai pengundi awam sahaja. Peraturan ini tidak bercanggah dengan hak mengundi yang dijamin oleh perlembagaan. Sebab nama mereka adalah dalam daftar pemilih. Mereka layak mengundi. Cuma SPR memberi pilihan untuk memudahkan mereka mengundi dengan mewujudkan undi awal. Amalan lama dalam pengurusan undi pos sebelum ini dibuat secara “bundle” iaitu jika mereka anggota tentera maka mereka dan keluarga mereka layak menjadi pengundi pos. Amalan lama ini harus dielakkan. Semakin kurang pengundi awal semakin mudah pengurusan SPR maka semakin adillah Perjalanan Pilihanraya di Malaysia.


Persoalannya adakah BN akan bersetuju dengan peraturan baru yang dicadangkan jika peraturan ini benar-benar adil? Bukankah selama ini BN berlindung disebalik manipulasi undi pos ? Jika tidak mengapa calon-calon BN mempersiapkan dirinya dikubu masing-masing dengan kem tentera termasuk Parlimen Pekan ?

SPEAKER 1 MALAYSIA DAH ROSAK PERLU DIGANTI !



Ramai terkejut beruk kecuali yang pakai berukband bila membaca kisah si Bung Moktar ni bersama bini barunya disebuah Night Kelab di Kota Kinabalu.

Tan Sri Nazri sure tak berani tegur Ahli Parlimen Kinabatangan ini kerana takut Bung hentam pasal anak Tan Sri pula.Kita doakan dapat ganti ahli parlimen Malaysia yang beriman dan berwibawa tahun ini bukan ahli parlimen seperti dalam gambar ini.

Inikah Ahli Parlimen UMNO yang sedang bertungkus lumus membantu rakyatnya yang ditimpa bencana banjir?
Bab ini UMNO memang sah JUARA bila Speaker Parlimen No 1 satu sedih dilihat dalam keadaan begini.

Catitan : Maaf jika ada terkeliru , speaker di ini maksudnya Jurucakap dalam Parlimen yang terlantang .