Salam Sdr seIslam YB ZUL yang dihormati dan selalu beri kulih di Surau Kg. Melayu Sg. Sering dan Masjid Hulu Klang.Sdr YB Zul, harap tuan solat malam 3 malam berturut-turut dan beristiharah sebelum menulis artikel blog seperti ini.Sdr Yb juga sebelum berkata nak pertahankan laporan polis juga perlu buat solat istiharah sebelum melukai sdr seIslam.Teman pernah menegur YB dam ruangan komen bahawa YB ada kapasiti berjumpa YB Khalid di Parlimen atau boleh sms atau emel atau berhubungan secara terus melalui telefon bimbit namun harus YB pandang lekeh blogger seperti teman yang tak YB ni.Kenapa guna blog untuk menegur sdr seIslam yang boleh kamu berdepan selalu.Jangan sampai zaman jiran sama jiran ada blog nanti,nak menegur sapa atau bertanyapun guna blog walau sdr YB dengan jiran hanya sebelah rumah.
Sdr boleh guna orang ketiga yang dipilih atas ilmuugama Islamnya dan ada kepimpinan peribadi yang ok untuk jadi hakim mengendalikan kes anda berdua ini.
Bagaimana penyokong nak terima atau percaya malah rakyat Malaysia kalau sdr YB bercekau sesama sendiri kunun menegakkan perkataan Allah tetapi lupa maksiat penghinaan Allah yang terbukti seperti filem "Legion" yang sedang ditayangkan ini, seperti Tun Mahathir yang banyak kenyataan hina Allah dan Rasul, Bekas Polis Negara ,Dr Khir Toyo yang meroboh dan merampas rumah Allah dan Bekas MB Terengganu Idris Jusuh dalam kes meroboh Masjid Kg. Bujal dan banyak lagi kenapa YB Zul tak saman sekali baru adil.
Bersungguh pertahan kalimah Allah, filem menghina tuhan dibenar tayang
Dilulus untuk paparan oleh brucekk
Berita Oleh: infodppsa
"Jika anda menyaksikan rancangan the making of "legion" di NTV 7 tengahari semalam, salah seorang aktornya memberikan kesimpulan kisah filem tersebut iaitu "Tuhan" telah bosan dengan manusia dan ingin menghapuskan mereka dengan menghantar para malaikat dan dibantah oleh ketua malaikat yang cuba menyelamatkan manusia.
Filem yang ditayangkan di Malaysia ini membayangkan betapa hipokritnya pemimpin UMNO. Tatkala mereka bermati-matian mempertahankan kalimah Allah, menggerakkan seluruh balaci mereka untuk membincangkan kepentingan memelihara kalimah Allah malangnya mereka tidak mempunyai hasrat langsung untuk mempertahankan akidah umat Islam dengan membenarkan penayangan filem yang mempunyai unsur menghina Allah.
Sehingga kini kita masih belum mendengar hatta satu teguran dari NGO-NGO ataupun pemimpin keris berkarat tersebut berkaitan filem yang boleh merosakkan akidah umat Islam ini.
Filem yang diarahkan oleh Scott Stewart dan dibarisi pelakon seperti Paul Bettany, Dennis Quaid, Kate Walsh, Adrianne Palicki , Willa Holland, Lucas Black, Tyrese Gibson dan Charlie S. Dutton ini bakal memusnahkan akidah umat Islam telahpun bermula 21 Januari 2010 yang lalu.
Kita memantikan respon dari seluruh umat Islam, samada mereka wajar mempertahankan kalimah Allah atau mereka wajar mempertahankan ALLAH.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment