Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 26, 2010

PASAL PLKN MENTERI KATA BELANJA LEBIH RM620 JUTA TAKPER



Bukan kecil anak belanjanya kerana untuk tahun ini saja belanja untuk menampung Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang melibatkan 120,000 orang remaja ialah RM620 juta.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr AbdulLatif Ahmad yang ditugaskan oleh kerajaan jaga PLKN tidak teragak-agak kata perbelanjaan itu memang berbaloi.
Dapat untung dari projek ni memang berbaloi.
Katanya ia harus dilihat dari sudut pentingnya pembinaan insan.” Kesan fisikal memang tidak nampak macam kita belanja untuk projek pembangunan…tapi pembangunan yang tidak nampak dari pandangan mata kasar ini amat penting untuk masa depan negara,”katanya.
Komen Teman : Kalau PLKN belanja besar takper kerana boleh membina pembangunan insan kenapa tidak diberi pendidikan percuma kanak-kanak darjah 1 hingga 4.
Seperti biasa bila bermulanya sesi pertama PLKN pada awal Januari baru ini,beliau sibuk ke hulu ke hilir bersama Ketua Pengarah PLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil melawat ke kem-kem PLKN di seluruh negara untuk beramah mesra dengan pelatih dan meninjau sendiri perjalanannya.
Siri pertama tahun ini seramai 30,903 peserta telah melapor diri.
Khamis dan Jumaat lalu beliau berada di Sibu,Sarawak untuk melawat Kem PLKN Bumimas dan Junaco dimana hampir 800 pelatih ditempatkan.
Dikalangan peserta di kedua-dua kem itu ada sebilangan mereka dari negeri-negeri di semenanjung.
Katanya hasil pembangunan insan tidak dapat dilihat dalam sehari dua.

Menurut beliau transformasi ini mengambil masa dan harus dilaksanakan berterusan.

“Tidak ada motif politik yang terselindung.Hajat kita semata-mata hendak membina warga belia yang mempunyai daya tahan tinggi dari segenap aspek,”ujarnya.

Ditanya mengenai bagaimana kerajaan dapat menentukan pencapaian dari siri latihan yang dikendalikan selama ini, Ketua Pengarah PLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menjelaskan PLKN kini dalam proses menjalankan kajian dikalangan sebilangan bekas pelatih.
Katanya hasil dari kajian berkenaan akan dirumuskan tidak lama lagi.
Apapun beliau menilai respon terhadap PLKN jelas meningkat berdasarkan jumlah permohonan secara sukarela tahun ini meningkat kepada 1,916 orang iaitu jumlah tertinggi sejak ia diperkenalkan pada 2004.

No comments: