Apakejadahnye Kementerian Amaran Dalam Negeri?
Rombakan kabinet terus menjadi bahan mulut sebelum ini dah senyap kembali menggamatkan suasana di serambi kuasa di Putrajaya.
Selain-lain kabar angin kata beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang akan digugurkan kerana KPI yang rendah, turut diperkatakan adalah sebuah Kementeriaan baru akan dibentuk.
Ketika ditanya wartawan selepas di Majlis Perasmian Sekolah Was-wasan semalam, Timbalan Perdaan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menafikan atau mengesahkan desas desus itu.
Katanya, ia ada berbincang dengan Perdana Menteri tetapi ini semua terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri.
Menurut Muhyiddin, pembentukan dan pembubaran sesebuah Kementerian adalah suatu perkara biasa kerana keanggotaan dan struktur kabinet perlu berubah-ubah mengikut keperluan semasa.
Sumber memberitahu Kementeriaan Dalam Negeri (KDN) perlu dipecahkan balik menjadi dua. Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, KDN telah dipecahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) tetapi disatukan kembali selepas Pilihanraya Umum ke 12.
Menurut sumber, keperluan kini memerlukan Kementeriaan Amaran Dalam Negeri (KADN) khusus untuk mengeluarkan amaran-amaran kepada ahli politik pembangkang dari terus menyuarakan kata-kata dan kenyataan yang menyalahi undang-undang hasutan.
Masaalah kini timbul kerana ahli-ahli politik pembangkang tidak langsung mengambil endah amaran yang dikeluarkan dan masih terus mengeluarkan kata-kata menghasut. Manakala itu, tiada pula tindakan diambil.
Dipercayai fungsi memberi amaran dan mengambil tindakan perlu diasingkan untuk memelihara kewibawaan KDN.
Selain itu, peranan KADN adalah masuk campur dalam urusan polis hingga susah untuk menjaga keselamatan dalam negeri dan pengundi Cina, India, dan penganut Kristian ditatang bagai minyak yang penuh hingga naik kepala.
Desas desus mengatakan tiada pertambahan Menteri kerana Kementeriaan baru tersebut akan diketuai oleh Dato Hishamuddin Hussein Onn. Tiada nama yang disebut untuk mengisi jawatan Menteri Dalam Negeri tetapi dijangka akan dipegang oleh Perdana Menteri atai Timbalan perdana Menteri.
Mungkin belum rezeki untuk Khairy jadi Menteri. Banyak lagi jawatan harus diperuntukkan secara keutamaan untuk negeri talian hayat BN di Sabah dan Sarawak.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

No comments:
Post a Comment